Connect with us

Terkini

Gangguan seksual pensyarah, tiada tindakan universiti dan polis selepas setahun laporan dibuat – mangsa

“Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan tidak mahu sambung degree kerana trauma,” demikian perkongsian mangsa kepada The Merdeka Times (TMT) mengenai kisahnya yang terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan seorang pensyarah di sebuah universiti awam.

Puti Iylia Maisarah

Published

on

Gangguan seksual pensyarah, tiada tindakan universiti dan polis selepas setahun laporan dibuat - mangsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pensyarah berkenaan bertindak mengeluarkan perkataan lucah dan melakukan perbuatan onani menerusi panggilan telefon kepadanya.
  •  “Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan tidak mahu sambung degree kerana trauma,” demikian perkongsian mangsa kepada The Merdeka Times .
  • Apa yang mengecewakan Farah, walau laporan polis telah dibuat pada 2 Jun 2021, namun masih tiada tindakan diambil daripada pihak universiti mahupun polis.
  • Bekas penuntut UiTM Johor itu terpaksa berkongsi kisahnya di Twitter.

KUALA LUMPUR  – “Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan tidak mahu sambung degree kerana trauma,” demikian perkongsian mangsa kepada The Merdeka Times (TMT) mengenai kisahnya yang terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan seorang pensyarah di sebuah universiti awam.

Farah Azuin, 23, bekas penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor itu terpaksa berkongsi kisahnya di Twitter mengenai perlakuan seorang pensyarahnya yang melakukan gangguan seksual ke atas dirinya setelah tiada tindakan daripada pihak berwajib selepas setahun laporan dibuat.

Menurut Farah, pensyarah berkenaan bertindak mengeluarkan perkataan lucah dan melakukan perbuatan onani menerusi panggilan telefon kepadanya.

Kejadian tersebut menyebabkan Farah mengalami tekanan dan trauma yang sangat teruk sehingga menjejaskan prestasi akademiknya. 

Since masatu online learning class semua melalui google meet. Untuk class yg kena buka camera saya tak akan buka since saya trauma nk tunjuk muka sebab lecturer saya yang sexual harassment saya tu imagine bahagian sexual saya melalui gambar saya.

“Saya kemurungan teruk sampai tak boleh fokus didalam class sehingga perlu dapatkan khidmat kaunseling dari uitm. Point saya untuk sem 4 tu jugak drop dengan teruk. Berat badan saya juga turun dgn sangat mendadak.”

“Saya tiada keyakinan nak keluar rumah jumpa org ramai atau bercakap dgn orang. Saya ada trust issue yg teruk lepas kejadian.” katanya kepada TMT.

Advertisement

Gangguan seksual itu menyebabkan beliau tidak lagi berkomunikasi dengan pensyarahnya.

Apa yang mengecewakan Farah, walau laporan polis telah dibuat pada 2 Jun 2021, namun masih tiada tindakan diambil daripada pihak universiti mahupun polis.

“Yang saya dapat hanya masih dalam siasatan dan siasatan. Saya hanya dipanggil untuk memberi keterangan sahaja. Lepas tunggu saya kena menunggu sampai lah ke hari ini.” 

Takut dengan laporan polis yang dibuat Farah,pensyarah tersebut juga memintanya untuk menarik semula laporan.

“Dia datang rumah pun saya tak keluar jumpa dia untuk meminta saya menarik semula laporan polis yang dibuat. Saya tak boleh tengok muka dia or dengar suara dia.

“Infact rakaman voice dia minta maaf tu pun selepas berbulan baru saya dengar. Sebelum tu saya Forward kepada org lain untuk dengar apa yang lecture saya cakap kan,” katanya kepada TMT. -The Merdeka Times

Advertisement

Kronologi Kes 

31 Mei 2021 – Farah menerima WhatsApp daripada pensyarah tersebut dan meminta dia menjadi responden bagi menjawab kertas kaji selidik mengenai kesedaran seks dalam kalangan pelajar.

Muka hadapan kertas kaji selidik itu memaparkan logo universiti berlainan (UTM) dan mendakwa itu merupakan borang kaji selidik rakan pensyarah terbabit. 

2 Jun 2021 – Pensyarah terbabit membuat panggilan telefon kepada mangsa bertanya soalan mengenai seks dan mengeluarkan perkataan lucah dan menerangkan beliau dalam keadaan onani dan meminta mangsa turut melakukan kes terbabit. 

Menurutnya, dia juga ada bertanya mengenai survey kaji selidik daripada senior kolej UTM dan dimaklumkan mereka tidak pernah menerima kajian seperti itu. 

2 Jun 2021 – Farah membuat laporan polis mengenai kes gangguan seksual yang dikenakan ke atas dirinya di Balai Polis Tangkak, Johor. 

Advertisement

3 Jun 2021 – Pensyarah tersebut menghantar pesanan suara di WhatsApp Farah dan merayunya menarik semula laporan polis.

16 Ogos 2022 –  Farah membuat ciapan Twitter berkongsi pengalamannya setelah tiada tindakan diambil. 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending