Terkini
“Syarikat jual emas patuh syariah tak semestinya bukan scammer!” – Pakar kewangan Islam
Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scam maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi, demikian pesanan daripada Dr. Abdul Rahman A Shukor yang merupakan seorang pakar kewangan Islam ketika menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam mengejar kekayaan dan kemewahan.

- Pakar kewangan Islam, Dr. Abdul Rahman A Shukor menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan syarikat emas patuh shariah.
- Walaupun syarikat tersebut patuh shariah, tidak bermaksud ianya bukan scam.
- Beliau memberikan contoh seperti Genneva Gold yang terbukti sebagai sebuah kes pelaburan scam terbesar, walaupun pada asalnya syarikat ini dikatakan patuh shariah.
KUALA LUMPUR – Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scam maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi, demikian pesanan daripada Dr. Abdul Rahman A Shukor yang merupakan seorang pakar kewangan Islam ketika menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam mengejar kekayaan dan kemewahan.
Pakar kewangan Islam tersebut yang lebih dikenali dengan nama pena Abdel Rahmanov telah membuat suatu perkongsian di Facebook tentang kes scam pelaburan emas terbesar di Malaysia bertujuan memberi pengajaran dan dijadikan iktibar buat masyarakat awam.
“Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia ialah Genneva Gold yang melibatkan 35 ribu orang pelabur,” katanya.
Kerana profil syarikat menyebut bahawa mereka adalah “the one and only gold company that is shariah compliant”, orang ramai percaya tentang pengiktirafan patuh syariah yang diperoleh syarikat tersebut.
Oleh disebabkan syarikat emas terbabit mempunyai 11 buah pejabat di Malaysia termasuk wakil perniagaan di China, Indonesia, Filipina dan Singapura, situasi ini menggambarkan Geneva Gold sebagai sebuah perniagaan yang kukuh.
Syarikat ini turut menawarkan pelaburan emas menarik iaitu menjual emas kepada pelanggan dengan harga premium 29%-30% daripada harga pasaran tetapi pelanggan mendapat hibah (hadiah) 1.5% pada setiap bulan.
Selepas kontrak 6 bulan, pelanggan boleh menyimpan emas atau menjualnya semula kepada syarikat pada harga belian asal atau menjual kepada pihak ketiga.
“Sekali pandang pelaburan emas Genneva Gold amat berbaloi! Hibah sebanyak 18% setahun. Emas fizikal dapat, hibah pun dapat, patuh syariah pula”, tambahnya lagi.
Masa berlalu, dan dilaporkan seramai 8 ribu pelanggan yang telah membeli 4 ribu kg emas masih belum menerima emas mereka. Genneva Malaysia berhutang sebanyak RM80 juta.
Mengikut kertas siasatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Genneva Gold beroperasi dengan menanggung liabiliti (tanggungan) 10 kali ganda lebih besar berbanding aset yang dimilikinya.
Pada 1 Oktober 2012, Genneva Gold diserbu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas kesalahan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Sebelum peristiwa itu, penasihat-penasihat Syariah telah menarik diri daripada Genneva Gold. Syarikat ini menggunakan label “patuh Syariah” bagi mengaburi operasi scam mereka.
“Jika ada penasihat Syariah tiba-tiba menarik diri maka berhati-hatilah. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin,” pesan Rahman.
Namun pelabur-pelabur Genneva Gold tidak mendapat semula wang mereka dan mereka perlu melalui proses undang-undang yang panjang.
“Kesimpulannya, syarikat perniagaan yang sah menjual emas, mendakwa patuh syariah dan mempunyai nama besar tidak semestinya bukan scam. Duit tak dapat, emas tak dapat, habuk pun tak dapat.
Beliau mengingatkan lagi bahawa sejarah tidak menipu. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa dan meminta supaya orang ramai berhati-hati dengan pelaburan emas sebegini.
Sumber: Facebook Abdel Rahmanov
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah