Connect with us

Terkini

‘Pelawak’ wanita hina Islam, operasi kelab komedi digantung DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung sementara pengoperasian sebuah premis kelab komedi di Kuala Lumpur, susulan kontroversi persembahan yang dikatakan menghina agama Islam yang diadakan di premis itu.

Wartawan TMT

Published

on

DBKL gantung kelab komedi
  • Kontroversi persembahan hina agama Islam, operasi kelab komedi di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur digantung sementara oleh DBKL.
  • Ia menunjukkan suatu mesej jelas bahawa KWP dan DBKL tidak bertoleransi dengan mana-mana aktiviti melanggar sensitiviti agama, bangsa dan kedaulatan negara.
  • Jika berlaku insiden berulang, orang ramai diminta buat laporan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
  • PDRM turut mengesahkan seorang wanita yang didakwa terbabit menghina Islam ditahan reman bermula 10 (Ahad) hingga 12 Julai (Selasa).
  • Terdahulu, tular video seorang wanita dipercayai hina agama Islam semasa membuat persembahan di kelab komedi hingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan umat Islam dan terima kecaman netizen.

SHAH ALAM- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung sementara pengoperasian sebuah premis kelab komedi di Kuala Lumpur, susulan kontroversi persembahan yang dikatakan menghina agama Islam yang diadakan di premis itu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, DBKL tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegini dan siasatan lanjut serta tindakan terhadap lesen premis berkenaan telah dilakukan serta-merta.

Menurutnya, ia adalah suatu mesej jelas bahawa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

“Saya berharap insiden sebegini tidak akan berulang lagi di mana-mana premis yang berada dalam Wilayah Persekutuan mahupun di seluruh negara.

“Justeru, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, di samping laporan orang awam juga sentiasa diperlukan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang perempuan dipercayai sengaja menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab komedi di sekitar Taman Tun Dr Ismail sehingga mengundang rasa tidak selesa dan terganggu dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Isu ini juga turut mendapat kecaman daripada penduduk berhampiran dan netizen di media sosial yang berpendapat bahawa video tular tersebut jelas dan terang merupakan perbuatan yang bertujuan menghina serta mencemarkan imej agama Islam.

Difahamkan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan siasatan awal dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 yang boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Sementara Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah melakukan siasatan melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.

Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Setakat semalam, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin telah mengesahkan bahawa seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur telah ditahan reman selama tiga hari bermula 10 (Ahad) hingga 12 Julai (Selasa).

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending