Connect with us

Terkini

Pemilik kelab komedi mohon mahkamah batal larangan DBKL

Kedua-dua pemilik Kelab Komedi Crackhouse telah memohon kepada mahkamah sivil untuk membatalkan larangan tetap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap mereka daripada mendaftar sebarang perniagaan di ibu negara dan mengembalikan semula lesen perniagaan kelab itu.

Wartawan TMT

Published

on

Pemilik kelab komedi mohon mahkamah batal larangan DBKL
Foto: Mohamad Rizal Johan Van Geyzel
  • Semakan kehakiman Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram dibuat susulan persembahan kontroversi komedi berdiri di kelab itu di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada pertengahan tahun lalu.
  • Terdahulu pada 18 Ogos tahun lalu, Rizal dan Shankar menghantar surat tuntutan undang-undang kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah berhubung laporan media mengenai lesen kelab itu ditarik balik, dengan pemIliknya disenarai hitam secara kekal.
  • Kedua-dua pemohon semakan kehakiman itu, masing-masing berumur 39 dan 51, memohon pengisytiharan bahawa keputusan Timbalan menteri wilayah persekutuan ketika itu, Jalaluddin Alias dan kementerian berkenaan menghalang kedua-dua mereka daripada mendaftar sebarang perniagaan selanjutnya di Kuala Lumpur adalah “adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak munasabah, tidak waras, tidak sahih, tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai sebarang kesan.
  • Jika mahkamah sivil memberikan kebenaran, maka ia kemudiannya akan menetapkan tarikh berasingan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak lawan mengenai merit kewajaran semakan kehakiman itu.

Kedua-dua pemilik Kelab Komedi Crackhouse telah memohon kepada mahkamah sivil untuk membatalkan larangan tetap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap mereka daripada mendaftar sebarang perniagaan di ibu negara dan mengembalikan semula lesen perniagaan kelab itu.

Semakan kehakiman Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram dibuat susulan persembahan kontroversi komedi berdiri di kelab itu di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada pertengahan tahun lalu.

Wanita yang dikatakan punca kontroversi komedi berdiri itu, Siti Nuramira Abdullah dan teman lelakinya Alexander Navin Vijayachandran, kini berdepan kes mahkamah jenayah yang melibatkan persembahannya.

Peguam Rizal dan Shankar Harshaan Zamani memberitahu Malaysiakini baru-baru ini bahawa permohonan kebenaran semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November, 2022.

Terdahulu pada 18 Ogos tahun lalu, Rizal dan Shankar menghantar surat tuntutan undang-undang kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah berhubung laporan media mengenai lesen kelab itu ditarik balik, dengan pemiliknya disenarai hitam secara kekal.

Timbalan menteri wilayah persekutuan ketika itu Jalaluddin Alias dipetik laporan media tempatan sebagai berkata Rizal telah disenaraihitamkan secara kekal dan jawatankuasa pelesenan DBKL telah memutuskan untuk membatalkan lesen kelab komedi itu berkuat kuasa pada 30 Julai tahun lepas (kedua-dua tindakan itu dikenali sebagai “keputusan tersebut”).

Menurut salinan semakan kehakiman yang difailkan pada 27 Nov dan dilihat oleh Malaysiakini, pemilik kelab komedi menamakan DBKL, Mahadi, Jalaluddin, Kementerian Wilayah Persekutuan ketika itu (sebelum diserap ke Jabatan Perdana Menteri) dan kerajaan sebagai responden pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Advertisement

Rizal dan Shankar memohon beberapa pengisytiharan mahkamah, antaranya mengenai keputusan DBKL untuk menamatkan lesen perniagaan Crackhouse Comedy Club.

Kedua-dua pemohon semakan kehakiman itu, masing-masing berumur 39 dan 51, memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jalaluddin dan kementerian menghalang kedua-dua mereka daripada mendaftar sebarang perniagaan selanjutnya di Kuala Lumpur adalah “adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak munasabah, tidak waras, tidak sahih, tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai sebarang kesan.”

Kedua-dua pemohon juga menuntut gantirugi teladan dan gantirugi teruk daripada lima responden itu.

Menurut salinan afidavit Rizal yang menyokong semakan kehakiman itu, dia mendakwa bahawa responden telah menyalahgunakan kuasa mereka dan/atau menggunakan kuasa mereka dengan sewenang-wenangnya.

Dia menegaskan bahawa responden tidak mempunyai asas di sebalik keputusan yang didakwanya tidak adil dan tidak seimbang dengan tujuan keputusan tersebut, dan dirinya serta Shankar didakwa tidak diberi peluang untuk didengar sebelum keputusan tersebut dibuat.

“Saya (dan pemohon kedua) telahpun menjalankan operasi kelab komedi tersebut sejak tahun 2013 sehingga tarikh keputusan-keputusan tersebut tanpa sebarang masalah/ halangan daripada mana-mana pihak termasuk responden-responden.

Advertisement

“Namun, keputusan-keputusan tersebut kini telahpun menghalang saya (dan pemohon kedua) daripada meneruskan pengoperasian kelab komedi tersebut secara sah dan berlesen dalam Kuala Lumpur,” kata Rizal.

Dalam afidavitnya, Rizal berkata dia pencari nafkah tunggal keluarga dan keputusan tersebut menjejaskan kehidupan keluarganya secara teruk.

“Saya juga menyatakan bahawa keputusan-keputusan tersebut akan juga menjejaskan kepentingan saya (dan pemohon kedua) dan/ atau menyebabkan kesukaran yang tidak wajar kepada saya (dan pemohon kedua) dari segi kos perjalanan/ perbelanjaan memandangkan saya (dan pemohon kedua) terpaksa pergi ke bandar selain Kuala Lumpur untuk menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan yang sah dan berlesen,” kata Rizal.

Afidavit Shankar turut menyokong alasan sama seperti yang dikemukakan oleh Rizal.

Mengikut salinan afidavit sokongannya, kertas kausa telah diserahkan kepada kelima-lima responden pada 30 Dis tahun lepas.

Ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, wakil undang-undang kerajaan, peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi berkata permohonan kebenaran semakan kehakiman ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jan.

Advertisement

Jika mahkamah sivil memberikan kebenaran, maka ia kemudiannya akan menetapkan tarikh berasingan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak lawan mengenai merit kewajaran semakan kehakiman itu.

 

Sumber: Malaysiakini

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending