Connect with us

Terkini

Wanita separuh bogel mengaku hafal 15 juzuk al-Quran, hina Islam di kelab komedi

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita dipercayai menghina kesucian agama Islam di sebuah kelab komedi sekitar Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita separuh bogel
  • Tular video wanita Islam dan mengaku menghafal al-Quran tanggal pakaian semasa buat persembahan komedi dengan keadaan separuh bogel.
  • Tindakan itu undang kecaman semua pihak kerana dilihat mempersenda agama dan menghina imej Islam.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata perbuatan tersebut menunjukkan wanita itu sebenarnya menghina diri sendiri bukannya Islam kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran.
  • Kritikan itu diberi menerusi laman Facebook peribadinya pada Sabtu.
  • Kejadian didakwa berlaku di Crackhouse Comedy Club (CH) dan laporan polis telah dibuat oleh pemilik kelab tersebut yang memaklumkan wanita itu dilarang kembali ke kelab selepas persembahan berlangsung.

KUALA LUMPUR – Di mana terletaknya nilai agama ketika ia dipersendakan sewenang-wenangnya?

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita dipercayai menghina kesucian agama Islam di sebuah kelab komedi sekitar Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang wanita membuka baju kurung dan tudung di hadapan penonton selepas memperkenalkan diri sebagai seorang penganut Islam dan kemudiannya menghafal 15 juzuk al-Quran.

Wanita itu dalam keadaan separuh berbogel mengenakan sehelai baju seksi bertali halus (spaghetti strap) berwarna hitam dan skirt singkat paras paha mendapat sorokan penonton semasa bertindak sedemikian.

“Hello and Assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Nur Amirah Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak.

“I am Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. But, one second,” katanya dalam video berdurasi 54 saat tersebut sebelum bertindak menanggalkan imej muslimahnya.

Kejadian didakwa berlaku di Crackhouse Comedy Club (CH) di mana menerusi Facebook rasminya, CH berkata, laporan polis telah dibuat berkenaan insiden tersebut dan wanita itu turut dilarang daripada kembali ke CH selepas persembahan berlangsung.

Advertisement

Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang turut berkongsi posting itu melalui tangkap layar di Whatsapp di Facebook berkata, perbuatan wanita tersebut tidak menghina Islam sebaliknya menghina diri sendiri.

“Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan dikhalayak ramai.

“Secara jujur jika benar wanita itu adalah Melayu dan muslim serta telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam,” katanya pada Sabtu.

Jelas Firdaus, jika benar seperti dikatakan wanita itu menghafal 15 juzuk Al-Quran dan masih melalukan perbuatan sebegitu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran.

Tambahnya, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.

“Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemulian di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi,” ujarnya lagi yang turut menjelaskan bahawa video clip berdurasi 54 saat tersebut dengan kapsyen “acara menghina Islam” itu dikongsikan oleh seorang sahabat kepadanya.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa siasatan awal sedang dijalankan dan tindakan tegas bakal dikenakan kepada pelaku.

Advertisement

Tindakan boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

 

“Jika didapati bersalah pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.” – The Merdeka Times

Baca berita susulan – Unit Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman siasat wanita komedi hina Islam

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending