Connect with us

Terkini

Belum dipanggil SPRM, Tengku Zafrul sahkan dana RM600 bilion diurus secara telus

Penggunaan dana kecemasan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan ekonomi ketika negara berdepan pandemik Covid-19 sejak 2020 lalu dilaksana secara telus.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belum dipanggil SPRM, Tengku Zafrul sahkan dana RM600 bilion diurus secara telus
Foto: Muhyiddin Yassin (Kiri), Tengku Zafrul (Kanan)
  • “Tidak ada apa-apa yang tidak kena (melibatkan pengurusan dana). Tapi saya sedia untuk bekerjasama sekiranya dipanggil oleh agensi berkaitan. Kami sangat telus.” – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul
  • Beliau dalam masa sama turut menegaskan dirinya belum lagi dipanggil oleh mana-mana agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan dakwaan penyelewengan dana tersebut.
  • Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, pada November tahun lalu.

 

SHAH ALAM – Penggunaan dana kecemasan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan ekonomi ketika negara berdepan pandemik Covid-19 sejak 2020 lalu dilaksana secara telus.

Memetik laporan Astro Awani, perkara itu disahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika di temubual eksklusif bersama CNBC pada Khamis.

Tegas Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan ketika itu berkata, tiada apa-apa perkara yang tidak kena dengan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

“Tidak ada apa-apa yang tidak kena (melibatkan pengurusan dana). Tapi saya sedia untuk bekerjasama sekiranya dipanggil oleh agensi berkaitan. Kami sangat telus.

“Seperti saya katakan, kita ada laporan mingguan (Laporan Laksana). Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Laporan itu diserahkan kepada media, malah orang awam juga boleh mendapatkannya,” katanya.

Sementara itu, beliau dalam masa sama turut menegaskan dirinya belum lagi dipanggil oleh mana-mana agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, pada November tahun lalu.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet pada 5 Disember lalu memaklumkan pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan ketika pentadbiran kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Bagaimanapun, Muhyiddin menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan tidak takut disiasat serta melafazkan sumpah bahawa beliau tidak pernah mengambil satu sen pun wang tersebut kerana bukan hak miliknya.

Katanya, jumlah sebenar yang dibelanjakan bukanlah RM600 bilion, sebaliknya RM530 bilion merangkumi lapan pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besarnya berbentuk non-fiscal iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *