Connect with us

Terkini

Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan Presiden Bersatu

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung sebelum hujung 2024.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung sebelum hujung 2024.
  • Bekas Perdana Menteri itu berkata, masanya telah tiba untuk beliau wariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya demi terus angkat Bersatu sebagai parti pembela Melayu dan Bumiputera.
  • Muhyiddin turut mencadangkan barisan kepimpinan kanan parti bermusyawarah dahulu untuk memastikan tokoh-tokoh parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan baharu nanti.
  • “Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.
  • “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam, pada Jumaat.

SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung sebelum hujung 2024.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, masanya telah tiba untuk beliau mewariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya demi terus mengangkat Bersatu sebagai parti pembela Melayu dan Bumiputera.

Selain itu Muhyiddin turut mencadangkan barisan kepimpinan kanan parti bermusyawarah terlebih dahulu untuk memastikan tokoh-tokoh parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan yang baharu nanti.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam, pada Jumaat.

Dalam sidang media susulan, Muhyiddin berkata, beliau mengambil maklum tentang bantahan pimpinan kanan parti atas keputusan mengejutkan itu, tetapi katanya, parti tidak boleh terus bergantung kepada individu semata-mata.

“Ketika ini saya masih Presiden, tetapi saya memberi notis awal (untuk tidak bertanding). Saya berpandangan pimpinan kanan parti perlu duduk dan berbincang, supaya pemilihan parti kelak tidak akan menimbulkan perpecahan.

“Selagi saya masih seorang Presiden, saya masih mempunyai tanggungjawab dan saya akan melakukan perkara yang perlu kerana saya berada di dalam parti sejak penubuhannya.

“Mungkin dalam tempoh setahun ada pemimpin lain yang boleh menjalankan tugas saya, tetapi ketika ini saya masih di sini dan tidak akan berhenti sehingga tahun hadapan,” katanya lagi.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya, Muhyiddin berkata, beliau percaya Bersatu mempunyai barisan kepimpinan pelapis yang amat berpengalaman dan hebat semuanya.

“Sebahagian besar ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti kita adalah bekas menteri termasuk dua menteri kanan, tiga bekas menteri besar dan ramai lagi bekas timbalan menteri yang mempunyai pengalaman luas dalam mengurus parti dan mentadbir kerajaan.

“Saya percaya apabila tiba masanya saya mengundurkan diri sebagai presiden parti, Bersatu akan dipimpin oleh sepasukan pemimpin yang hebat dan berpengalaman luas untuk memacu parti ke mercu yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Sementara itu Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan yang diumumkan Muhyiddin itu sangat mengejutkan kerana beliau dan pimpinan kanan lain mendengarnya buat pertama kali.

“Kita akan berbincang dan akan mencari jalan yang terbaik kerana kami akan mendapatkan pandangan kelangsungan daripada perwakilan.

“Jadi, kepentingan ahli suara akar umbi akan dipertimbangkan. Rasa cinta ini akan beri pertimbangan tentunya terhadap ucapan beliau petang ini sehingga esok, dan suara akar umbi akan dibawa ke para jurucakap,” katanya lagi.

Ditanya sama ada beliau mempunyai hasrat untuk bertanding sebagai Presiden pada pemilihan seterusnya, Ahmad Faizal berkata beliau enggan memikirkan mengenai perkara tersebut ketika ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending