Connect with us

Antarabangsa

Kepala babi atas bumbung masjid UK

United Kingdom (UK) terus menjadi sasaran puak Islamofobia apabila satu lagi serangan baharu dilakukan ke atas sebuah masjid di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kepala babi atas bumbung masjid UK
Foto: Kepala babi di atas bumbung bangunan masjid di Manchester, UK.
  • Ia ditemui atas bumbung bangunan masjid menempatkan pusat komuniti masyarakat Islam, Heatons Muslims Community Trust (HMCT) di Manchester.
  • Insiden itu dilaporkan kepada polis, yang merekodkan peristiwa itu sebagai jenayah kebencian Islamophobia.
  • “Ia adalah bumbung pendek, jadi mudah dilihat. Saya fikir mereka (suspek) pilih lokasi itu bagi takutkan orang ramai. Semua orang tahu seseorang meletakkannya di sana dan apa niat mereka.
  • “Dalam agama kita, tidak dibenarkan makan daging babi atau mengendalikannya dengan apa cara sekalipun jadi seseorang melakukannya secara khusus atas sebab itu,” – Pemegang amanah HMCT, Mohammed Tayyab Mohiuddin

LONDON, 18 Jamadilawal 1444H, Selasa – United Kingdom (UK) terus menjadi sasaran puak Islamofobia apabila satu lagi serangan baharu dilakukan ke atas sebuah masjid di negara itu.

Ini selepas kepala seekor babi ditemukan di atas bumbung bangunan masjid yang turut menempatkan pusat komuniti untuk masyarakat Islam, Heatons Muslims Community Trust (HMCT) di Manchester.

Ahli HMCT berkata, kepala haiwan itu ditemukan di bahagian bangunan yang boleh dilihat kira-kira jam 9 malam pada 9 Disember lalu.

Insiden itu telah dilaporkan kepada polis, yang merekodkan peristiwa itu sebagai jenayah kebencian Islamophobia.

Pemegang amanah HMCT, Mohammed Tayyab Mohiuddin berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan sejak petang menunjukkan sebuah kereta berhenti dengan dua individu di dalam.

Seorang daripada individu itu membawa plastik sampah yang kelihatan ketika mereka keluar dari kenderaan.

Mohammed Tayyab berkata, nombor plat pendaftaran kereta itu telah direkodkan.

“Pada waktu petang, kami mengadakan perhimpunan di pusat komuniti dan beberapa individu keluar dan seseorang berkata ‘ada kepala babi di atas bumbung.’

“Ia adalah bumbung yang pendek, jadi mudah dilihat. Saya fikir mereka (suspek) telah memilih lokasi itu bagi menakutkan orang ramai. Semua orang tahu seseorang telah meletakkannya di sana dan apa niat mereka.

“Dalam agama kita, kita tidak dibenarkan makan daging babi atau mengendalikannya dengan apa cara sekalipun jadi seseorang telah melakukannya secara khusus atas sebab itu,” katanya.

Katanya, ramai orang tua dan kanak-kanak yang menggunakan pusat berkenaan, bagaimanapun insiden itu menimbulkan rasa bimbang kepada mereka.

Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu. – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *