Terkini
(VIDEO) Malaysia jadi ‘better nation’ jika terima, sokong LGBT
Rakyat Malaysia diharap dapat menerima dan menyokong LGBT agar kelompok itu mampu memberi sumbangan kepada negara dengan bebas, seterusnya memajukan Malaysia.
- Harapan itu disuarakan seorang individu daripada komuniti LGBT menerusi sebuah video dimuat naik akaun Twitter @isusemasaviral pada Isnin dengan ciapan berbunyi ‘Harapan dan impian LGBT’.
- Penyokong LGBT itu difahamkan beragama Islam mendakwa komuniti mereka sering dilayan kasar oleh saudara seagama, menyebabkan mereka jadi lebih jauh daripada Islam.
- “LGBT akan beri impak negatif kepada keseluruhan sistem. Isu jantina, tandas kategori, hak wanita, jurulatih wanita, untuk komuter, jantina pengenalan, etika berpakaian, sebutan, munakahat, keturunan keluarga, mahram ajnabi, faraid, bahagian solat, ikhtilat dan pelbagai lagi,” tulis @mankimcat dalam ciapan di Twitter.
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diharap dapat menerima dan menyokong LGBT agar kelompok itu mampu memberi sumbangan kepada negara dengan bebas, seterusnya memajukan Malaysia.
Harapan itu disuarakan seorang individu daripada komuniti LGBT menerusi sebuah video dimuat naik akaun Twitter @isusemasaviral pada Isnin dengan ciapan berbunyi ‘Harapan dan impian LGBT’.
View this post on Instagram
Penyokong LGBT itu yang difahamkan beragama Islam mendakwa komuniti mereka sering dilayan kasar oleh saudara seagama menyebabkan mereka menjadi lebih jauh daripada Islam.
“Kerana layanan daripada seorang Muslim yang sangat kasar dan menganggap kami ini sah-sah ahli neraka. Kami sangat berharap Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang boleh menerima golongan LGBT. We are human. We are all the same, cuma berbeza naluri.
“Kalau Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang menerima golongan LGBT, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih aman, gembira maju dan juga a better nation.
“We can be a better nation because once we treat everyone equally dan keselamatan kami terjamin. Jadi saya rasa Malaysia akan lebih berkembang maju.
“Jadi harapan saya terhadap Malaysia, adalah untuk kami diterima dan diberi sokongan penuh supaya kami lebih bebas untuk memberi sumbangan kepada negara,” katanya dalam video berdurasi satu minit 13 saat itu.
Bagaimanapun, harapan individu itu seolah-olah tidak mendapat sokongan netizen di Twitter yang sering dilabelkan sebagai ‘agak liberal’ dan bebas dalam menyuarakan pandangan.
Rata-rata pengguna Twitter mengkritik tindakan individu itu dan mengatakan sewajarnya golongan itu bersyukur kerana di Malaysia tiada insiden penindasan atau penganiayaan ke atas kelompok LGBT sebagaimana berlaku di negara barat.
Seorang pemilik akaun Twitter bernama @ptrfn_ membuat ciapan dengan menegaskan komuniti LGBT di Malaysia tidak ditindas, malah golongan itu bebas untuk bekerja, beli rumah, sambung belajar dan dapat bantuan daripada kerajaan sama seperti individu lain.
Ciapan lain dari pemilik akaun @IzzyIzzyLey pula menjelaskan tindakan mereka yang tidak menyokong komuniti itu bukanlah bermaksud mereka tidak menghormati golongan LGBT sebagai manusia.
Namun, katanya, sekiranya golongan ini memilih untuk tidak mempedulikan larangan Allah SWT maka mengapa orang lain tidak boleh memilih untuk tidak mempedulikan komuniti itu?
Tambahnya, hal ini bukan hanya terkait dengan mereka sahaja, namun ia juga melibatkan kehidupan individu lain yang mempunyai prinsip tersendiri di mana sebahagiannya pasti tidak bersama LGBT.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen meminta kita untuk berfikir ke hadapan andai komuniti ini dibiarkan bebas dan kita menyokong mereka.
“LGBT akan memberi impak negatif kepada keseluruhan sistem. Isu jantina, tandas kategori, hak wanita, jurulatih wanita, untuk komuter, jantina pengenalan, etika berpakaian, sebutan, munakahat, keturunan keluarga, mahram ajnabi, faraid, bahagian solat, ikhtilat dan pelbagai lagi,” tulis @mankimcat dalam ciapan di Twitter.
Antara tangkap layar The Merdeka Times di ruangan ciapan :
Satu hal yang mungkin komuniti LGBT ini lupa ialah individu lain tidak sesekali membenci mereka, sebaliknya apa yang mereka perjuangkan sudah jelas salah dari sisi norma manusia, agama bahkan undang-undang yang pada akhirnya lebih membawa kemudaratan dari kebaikan.
Yang pasti kita benci apa yang ‘dibawa’ mereka, bukan mereka.
Memetik daripada seorang pengguna Twitter lain iaitu @nauufalzikrry suka untuk penulis kongsikan ciapannya yang berbunyi ‘Semua haram mahu jadi halal. Demi masa sila guna akal.’ – The Merdeka Times
Sumber : Twitter @isusemasaviral.