Connect with us

Terkini

Penjawat awam diingatkan tidak sertai himpunan di ibu negara – KSN

Published

on

Foto: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar
  • Acara himpunan itu dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata tidak sewajarnya penjawat awam sertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.
  • Media semalam melaporkan PDRM menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan sertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan 26 Julai. 

PUTRAJAYA — Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.

Beliau berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Taatlah kepada Raja dan Negara,” katanya.

Shamsul Azri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) di sini pada Ahad.

Media semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PDRM akan membantu memudah cara penganjuran itu di ibu negara.

Beliau memberi jaminan bahawa PDRM akan mengendalikan kawalan keselamatan semasa himpunan itu secara profesional, namun mengingatkan semua pihak agar mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.– BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author