Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan pelampau Hindu tuntut faedah kebajikan penduduk pribumi peluk Islam, Kristian dihapuskan

Kumpulan radikal Hindu, Janajati Dharma Sanskriti Suraksha Manch (JSM) akan mengadakan perhimpunan menuntut faedah kebajikan penduduk pribumi di India yang memeluk agama Kristian dan Islam dihapuskan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan radikal Hindu, Janajati Dharma Sanskriti Suraksha Manch (JSM) akan mengadakan perhimpunan menuntut faedah kebajikan penduduk pribumi di India yang memeluk agama Kristian dan Islam dihapuskan.
  • Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan pada sambutan Krismas ini di ibu negeri Tripura, Agartala.
  • Gesaan menghapuskan faedah kebajikan itu meliputi manfaat pendidikan, kuota pekerjaan dan beberapa perkara lain.
  • Menurut kumpulan itu, alasan supaya faedah kebajikan dicabut kerana kedua-dua agama itu berasal dari luar India.

INDIA – Kumpulan radikal Hindu, Janajati Dharma Sanskriti Suraksha Manch (JSM) akan mengadakan perhimpunan menuntut faedah kebajikan penduduk pribumi di India yang memeluk agama Kristian dan Islam dihapuskan.

Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan pada sambutan Krismas ini di ibu negeri Tripura, Agartala.

Gesaan menghapuskan faedah kebajikan itu meliputi manfaat pendidikan, kuota pekerjaan dan beberapa perkara lain.

Menurut kumpulan itu, alasan supaya faedah kebajikan dicabut kerana kedua-dua agama itu berasal dari luar India.

Individu memeluk agama berkenaan juga didakwa tidak lagi mematuhi adat istiadat tradisional masyarakat tempatan.

“Kami akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Swami Vivekananda pada 25 Disember ini bagi menuntut penghapusan status suku asli terhadap mereka yang memeluk agama lain menerusi penggubalan peruntukan perlembagaan,” kata Pengatur Unit JSM Tripura, Santi Bikash Chakma yang dipetik Christian Post pada Khamis lalu.

Rancangan itu dikritik beberapa pihak yang menyatakan tindakan tersebut menghalang kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan India.

Perhimpunan yang akan diadakan pada Hari Krismas iaitu perayaan besar Kristian itu dikhuatiri mengundang ketegangan antara penganut agama.

Setiausaha Komunikasi Sosial Keuskupan Agartala, Father Ivan D’Silva menyatakan beliau tidak faham motif di sebalik pemilihan hari itu bagi mengadakan perhimpunan berkenaan.

“Nampaknya ia dilakukan secara sengaja. Kami telah memanggil pertemuan semua aliran gereja di negeri ini dan telah memutuskan untuk menentang perhimpunan tersebut,” katanya.

Tripura ketika ini diperintah kerajaan di bawah  Parti Bharatiya Janata (BJP) yang merupakan kumpulan politik berhaluan kanan di India.

Sumber: The Christian Post

Author