Connect with us

Antarabangsa

Bintang Hollywood hilang tawaran berlakon kerana pro-Palestin

Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pelakon Hollywood, Susan Sarandon (kiri) dan Melissa Barrera (kanan).
  • Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang pada perhimpunan pro-Palestin di New York.
  • Selain itu, Melissa Barrera juga dipecat daripada membintangi filem Scream VII, selepas berkongsi kenyataan pro-Palestin di media sosial, lapor Agensi Anadolu.
  • Pada perhimpunan yang diadakan di New York City pada 17 November lepas Sarandon berkata: “Terdapat ramai orang takut menjadi Yahudi pada masa ini dan merasai bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim di negara ini.”
  • Barrera, 33, dipecat pada Selasa dari membintangi Scream VII oleh syarikat produksi, Spyglass, menurut laporan Variety.
  • Majalah itu memetik sumber syarikat yang mendakwa Barrera digugurkan kerana memuat naik hantaran di media sosialnya, termasuk merujuk Israel sebagai tanah yang “dijajah” dan mengatakan rejim itu mengawal media.

WASHINGTON – Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.

Selain itu Melissa Barrera juga dipecat daripada membintangi filem Scream VII, selepas berkongsi kenyataan pro-Palestin di media sosial, lapor Agensi Anadolu.

Seorang jurucakap UTA yang dipetik oleh beberapa media AS mengesahkan bahawa Sarandon digugurkan tetapi tidak mengulas lanjut.

Pemenang Oscar itu menghadiri beberapa perhimpunan pro-Palestin dan berdepan kritikan.

Pada perhimpunan yang diadakan di New York City pada 17 November lepas Sarandon berkata: “Terdapat ramai orang takut menjadi Yahudi pada masa ini dan merasai bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim di negara ini.”

Beliau bersama beberapa lagi bintang Hollywood, termasuk Joaquin Phoenix dan Cate Blanchett menggesa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan konflik di Gaza.

Semasa perhimpunan itu, Sarandon juga berkata, kritikan terhadap Israel sepatutnya tidak dianggap sebagai “anti-Yahudi”

“Ada perkara yang sangat buruk berlaku di mana “anti-Yahudi” telah dikelirukan sebagai bersuara menentang Israel.

Barrera, 33, dipecat pada Selasa dari membintangi Scream VII oleh syarikat produksi, Spyglass, menurut laporan Variety.

Majalah itu memetik beberapa sumber syarikat yang mendakwa Barrera digugurkan kerana memuat naik hantaran di media sosialnya, termasuk merujuk Israel sebagai tanah yang “dijajah” dan mengatakan rejim itu mengawal media.

“Saya juga berasal dari negara yang dijajah. Palestin akan bebas.

“Media Barat hanya menunjukkan sisi lain (Israel). Mengapa mereka berbuat demikian, saya akan biarkan anda membuat kesimpulan sendiri.

“Tapisan adalah sangat benar. Rakyat Palestin tahu ini, mereka tahu dunia cuba menjadikan mereka tidak kelihatan selama beberapa dekad. Teruskan berkongsi,” tulisnya di Instagram.

Spyglass mengeluarkan kenyataan mengenai penyingkiran Barrera dan menegaskan pendirian mereka jelas dan tiada sebarang keraguan.

“Kami tidak bertolak ansur terhadap hasutan kebencian dalam apa jua bentuk, termasuk rujukan palsu kepada pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, penyelewengan Holokus atau apa-apa yang secara terang-terangan melepasi batas kepada ucapan kebencian,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh beberapa media AS. – Bernama-Anadolu

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
  • Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
  • Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 
  • “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.

Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 

Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.

“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.

Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending