Connect with us

Terkini

Usah sertai Himpunan Aman Selamatkan Malaysia – Polis

Tiada notis pemakluman diterima Polis Kuala Lumpur mengenai himpunan yang akan diadakan di ibu negara membabitkan dua kumpulan pada Sabtu ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Usah sertai Himpunan Aman Selamatkan Malaysia – Polis
Foto: Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari (kiri) & Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid (kanan).
  • Tiada notis pemakluman diterima Polis Kuala Lumpur mengenai himpunan diadakan di ibu negara membabitkan dua kumpulan pada Sabtu ini.
  • Polis menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan berkenaan.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat semalam, (Khamis) tiada sebarang notis pemakluman diterima pihaknya.
  • Allaudeen berkata, polis membuat persiapan sewajarnya dan penugasan membabitkan keanggotaan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta balai akan dijalankan secara profesional.
  • “Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak sertai himpunan terbabit,” katanya. 

KUALA LUMPUR: Tiada notis pemakluman diterima Polis Kuala Lumpur mengenai himpunan yang akan diadakan di ibu negara membabitkan dua kumpulan pada Sabtu ini.

Serentak itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Dua kumpulan terbabit Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia di bawah Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang akan menganjurkan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia serta Kumpulan ‘Baju Merah’ diketuai Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat semalam, (Khamis) tiada sebarang notis pemakluman diterima oleh pihaknya.

“Sepatutnya notis ini diberikan kepada kita (polis) lima hari sebelum hari kejadian (Sabtu) di mana selewat-lewatnya pada Isnin lalu.

“Tindakan boleh diambil mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (tanpa pemakluman itu),” katanya kepada BH semalam.

Allaudeen berkata, polis telah membuat persiapan sewajarnya dan penugasan membabitkan keanggotaan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta balai akan dijalankan secara profesional.

Katanya, polis akan memastikan semuanya dalam keadaan terkawal.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak sertai himpunan terbabit.

“Penganjur perlu mempunyai tanggungjawab untuk membuat pemakluman dan bertindak mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu sidang akhbar pada Ahad lalu memaklumkan pihaknya akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September ini di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi membantah keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari kes rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Sebagai tindak balas, Jamal pula mengumumkan perhimpunan akan diadakan membabitkan Gerakan Baju Merah jika Pemuda PN meneruskan himpunan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Author