Terkini
Usah cabar undang-undang, anjur perhimpunan tanpa kelulusan – Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan tanpa kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

- Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak tidak mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan tanpa kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Beliau mengulas berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo, di ibu negara pada Sabtu.
- “Ada pihak menyatakan di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan hak asasi berhimpun memang ada tetapi kena juga artikel 10 (2) yang mana setiap kebebasan untuk berhimpun ada batas-batasnya perlu dipatuhi,” katanya selepas hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
ALOR SETAR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan tanpa kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo, di ibu negara pada Sabtu.
“Ada pihak menyatakan di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan hak asasi berhimpun memang ada tetapi kena juga artikel 10 (2) yang mana setiap kebebasan untuk berhimpun ada batas-batasnya perlu dipatuhi.
“Kita perlu mengimbangi antara hak asasi dengan keselamatan dan ketenteraman awam, itu kena jelas sebab polis tidak akan bertolak ansur. Jangan jadikan itu alasan untuk melanggar undang-undang. Undang-undang dibuat untuk dipatuhi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.
Dalam pada itu, Ayob turut menyatakan, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti 25 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Menurut beliau, mereka adalah termasuk 16 individu yang berucap pada perhimpunan itu.
Katanya, pihaknya telah menghubungi 22 individu setakat ini dan enam daripada mereka menyatakan akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.
“Enam, setakat ini memang yang terlibat sekali memang ada seorang yang berhormat (YB) dalam itu yang setuju untuk memberi keterangan esok (hari ini). YB ada seorang, penggerak utama dia (berpangkat) Datuk pun ada seorang, maka kita akan hubungi,” katanya lagi.
Beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Serta Seksyen 4(2)b mengadakan perhimpunan larangan di masjid dan Seksyen 4(2)e membawa kanak-kanak bagi menyertai perhimpunan.
Pada Sabtu, sekumpulan peserta perhimpunan berarak dengan berjalan kaki dari Masjid Jamek Kampung Baru ke kompleks beli belah Sogo selepas menunaikan solat Zohor berjemaah.
Perarakan diketuai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard.
Tun Faisal bersama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular