Connect with us

Terkini

PN jadi pembangkang, semak dan imbang kerajaan diterajui PH

Perikatan Nasional (PN) mengekalkan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang membawa suara rakyat ke Parlimen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PN jadi pembangkang, semak dan imbang kerajaan diterajui PH
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Perikatan Nasional akan memainkan peranan pembangkang yang berwibawa untuk bawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.
  • “Demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia merintis bentuk-bentuk kerjasama lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengekalkan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang membawa suara rakyat ke Parlimen.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan perkara itu dalam kenyataan media dikeluarkan menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Kenyataan Media PN

Foto: Kenyataan Media Perikatan Nasional

 

Muhyiddin Yassin dalam kenyataan sama, terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menawarkan PN menyertai kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Pengerusi PH itu.

“Atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, Perikatan Nasional berpendirian untuk tidak menyertai Kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan. 

“Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, Perikatan Nasional bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” kata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh.

Keputusan dibuat itu menyaksikan kerajaan persekutuan diterajui PH, yang diketuai Anwar, akan disertai wakil rakyat Barisan Nasional (BN), GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – The Merdeka Times

 

Author