Connect with us

Terkini

‘Saya terkilan PH turut hadir di Seri Pacific Hotel’ – Presiden MCA

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meluahkan rasa kecewa dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Seri Pacific Hotel, pagi tadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Saya terkilan PH turut hadir di Seri Pacific Hotel’ - Presiden MCA
Foto: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meluahkan rasa kecewa dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Seri Pacific Hotel, pagi tadi.

“Saya terkilan apabila sebaik saja tiba di Seri Pacific Hotel, pemimpin-pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan ini. Saya tidak tahu sama ada ia telah pun diatur terlebih awal atau pun satu kebetulan,” katanya menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik di sini hari ini.

Ka Siong turut menegaskan tiada sebarang perjumpaan dengan wakil PH sepanjang berada di Seri Pacific Hotel dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Apa yang pasti, saya hanya menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN sahaja.

“Selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, saya tidak terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan sama ada kebetulan atau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH.

“Apa jua keputusan yang dibuat oleh BN periu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN,” jelasnya. 

Hari ini dikatakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan pimpinan BN berhubung soal pembentukan kerajaan persekutuan melalui gabungan kedua-dua parti.

Bagaimanapun, kenyataan itu bercanggah dengan pengakuan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut berada di Seri Pacific Hotel pagi tadi. – The Merdeka Times

Author