Connect with us

Terkini

Najib tidak dibenarkan keluar sebarang kenyataan – Jabatan Penjara

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Najib tidak dibenarkan keluar sebarang kenyataan - Jabatan Penjara
Foto: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Najib tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.
  • Banduan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ada surat dokumen dikeluarkan, Jabatan penjara akan menapis dahulu.
  • Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

MELAKA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Komisioner Penjara Supri Hashim berkata, setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang telah dikeluarkan olehnya.

Jelasnya, hal ini kerana banduan dilarang sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Banduan tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan. Sekiranya terdapat surat atau dokumen yang hendak dikeluarkan, maka Jabatan Penjara akan menapis terlebih dahulu.

“Hendak hantar surat kepada keluarga pun akan ditapis. Tetapi kalau melalui peguam (kenyataan) tidak boleh buat apalah.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut. Kita (Jabatan Penjara) tiada kaitan dengan program politik kerana kita akan melaksanakan tanggungjawab walau siapapun kerajaan yang memerintah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd..

Baru-baru ini, akaun laman sosial Facebook Najib yang memiliki pengikut seramai 4.6 juta orang dikesan kembali aktif dengan hantaran-hantaran terbaharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapakah individu yang menggunakan akaun media sosial tersebut. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *