Connect with us

Terkini

Orang ramai diminta hati-hati dengan individu mengaku cicit nabi – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Wartawan TMT

Published

on

Orang ramai diminta hati-hati dengan individu mengaku cicit nabi - JAKIM
Foto: Datuk Idris Ahmad.
  • JAKIM ingatkan orang ramai berhati-hati dengan individu mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.
  • Peringatan dibuat menjawab soalan pengguna maya yang meminta penjelasan Jakim mengenai dakwaan lelaki itu ada melakukan penipuan wang dan nasab.
  • “Setakat ini Jakim tidak pernah buat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan. Namun, Jakim nasihatkan orang ramai berhati-hati dengan dakwaan tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut.” 
  • Pihak berkuasa agama negeri ambil maklum dan beri perhatian tentang program melibatkan individu terbabit.

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Peringatan tersebut dibuat bagi menjawab soalan pengguna maya yang meminta penjelasan Jakim mengenai dakwaan bahawa lelaki itu ada melakukan penipuan wang dan nasab.

“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan.

“Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut,” katanya pada Selasa.

Jelas Jakim, pihak berkuasa agama negeri mengambil maklum dan memberi perhatian tentang program melibatkan individu terbabit.

“Difahamkan beliau menghadiri beberapa program yang telah diatur di beberapa buah negeri.

“Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program melibatkan kehadiran beliau,” ujarnya.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan melarang ceramah atau program sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri lelaki itu.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending