Connect with us

Antarabangsa

TikTok bakal didenda 27 juta pound, langgar privasi kanak-kanak

TikTok bakal dikenakan denda 27 juta pound kerana didapati gagal melindungi privasi kanak-kanak yang menggunakan platform tersebut ekoran Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (ICO) mendapati platform berkenaan membuat perkongsian video yang berkemungkinan  telah memproses data kanak-kanak bawah 13 tahun tanpa kebenaran yang sewajarnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

TikTok bakal didenda 27 juta pound, langgar privasi kanak-kanak
  • Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (ICO) dapati platform itu buat perkongsian video yang mungkin telah proses data kanak-kanak bawah 13 tahun tanpa kebenaran sewajarnya.
  • ICO telah mengeluarkan TikTok Inc dan TikTok Information Technologies UK Limited dengan “notice of intent” 
  • Pandangan sementara ICO adalah TikTok melanggar undang-undang perlindungan data UK antara Mei 2018 dan Julai 2020.

TikTok bakal dikenakan denda 27 juta pound kerana didapati gagal melindungi privasi kanak-kanak yang menggunakan platform tersebut ekoran Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (ICO) mendapati platform berkenaan membuat perkongsian video yang berkemungkinan  telah memproses data kanak-kanak bawah 13 tahun tanpa kebenaran yang sewajarnya.

ICO telah mengeluarkan TikTok Inc dan TikTok Information Technologies UK Limited dengan “notice of intent” – dokumen undang-undang yang mendahului kemungkinan didenda.

Menurut notis itu, pandangan sementara ICO adalah TikTok melanggar undang-undang perlindungan data UK antara Mei 2018 dan Julai 2020.

Dalam pada itu, menurut Ofcom, 44% daripada lapan hingga 12 tahun di UK menggunakan TikTok, walaupun polisinya melarang kanak-kanak bawah 13 tahun di platform tersebut.

Memetik daripada BBC, Pesuruhjaya Maklumat John Edwards berkata; “Syarikat yang menyediakan perkhidmatan digital mempunyai kewajipan undang-undang untuk memberikan perlindungan tersebut, tetapi pandangan sementara kami TikTok gagal memenuhi keperluan itu.”

TikTok telah melancarkan beberapa ciri untuk mengukuhkan privasi dan keselamatan di aplikasi itu – termasuk membenarkan ibu bapa membuat pautan akaun mereka kepada akaun anak mereka, dan melumpuhkan ‘direct message’ untuk kanak-kanak bawah 16 tahun.

Dilancarkan pada September tahun lalu, Kod Kanak-Kanak meletakkan kod amalan perlindungan data baharu untuk perkhidmatan dalam talian yang mungkin boleh diakses oleh kanak-kanak, dibina berdasarkan undang-undang perlindungan data sedia ada, dengan bayaran denda jika berlaku pelanggaran serius.

Ia menambah: “Kami akan mempertimbangkan dengan teliti sebarang representasi daripada TikTok sebelum membuat keputusan muktamad.”

Sumber : BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *