Connect with us

Antarabangsa

Tidak cukup Bumi, kini Marikh pula jadi tempat pembuangan sampah manusia!

Planet Marikh menjadi tempat pembuangan sampah peralatan dan kapal angkasa manusia dalam tempoh 50 tahun lalu.

Published

on

Tidak cukup Bumi, kini Marikh pula jadi tempat pembuangan sampah manusia!
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Planet Marikh menjadi tempat pembuangan sampah peralatan dan kapal angkasa manusia dalam tempoh 50 tahun lalu.
  • Seorang felo penyelidik pasca doktoral dalam bidang robotik di West Virginia University, Cagri Kilic menganalisis jisim semua kenderaan penjelajah dan orbiter dihantar ke Marikh dan mendapati terdapat tinggalan sampah buatan manusia seberat hampir lebih 6,000kg.
  • Ia termasuk peralatan dibuang ke planet tersebut dan kapal angkasa tidak aktif setelah ia terhempas di permukaan planet.
  • Ia juga melibatkan kapal angkasa tanpa juruterbang milik Kesatuan Soviet yang kini dikenali Rusia.

WASHINGTON – Planet Marikh menjadi tempat pembuangan sampah peralatan dan kapal angkasa manusia dalam tempoh 50 tahun lalu.

Ia menjadi tempat pembuangan sampah itu walaupun tiada manusia yang berjaya tiba di planet tersebut sehingga kini.

Setakat ini, manusia telah meninggalkan lebih 6,000 kilogram (kg) sampah di Marikh.

Seorang felo penyelidik pasca doktoral dalam bidang robotik di West Virginia University, Cagri Kilic menganalisis jisim semua kenderaan penjelajah dan orbiter yang dihantar ke Marikh dan mendapati terdapat tinggalan sampah buatan manusia seberat hampir lebih 6,000kg.

Sampah itu termasuk peralatan yang dibuang ke planet tersebut dan kapal angkasa yang tidak aktif setelah ia terhempas di permukaan planet.

Ia juga melibatkan kapal angkasa tanpa juruterbang milik Kesatuan Soviet yang kini dibubarkan dan dikenali Rusia.

Kapal angkasa itu melakukan pendaratan sebelum terhempas pada tahun 1971.

Antara kenderaan penjelajah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang berada di Marikh ialah Opportunity yang aktif dari tahun 2004 hingga pertengahan 2018.

NASA ialah agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS). – Agensi

Sumber : Sinar Harian

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author