Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Angka korban protes Iran meningkat

Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan anti kerajaan bagi membantah kematian tahanan Kurdish, Mahsa Amini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Angka korban protes Iran meningkat
Foto: Antara gambar dari insiden tunjuk perasaan di Tehran.

TEHRAN – Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan anti kerajaan bagi membantah kematian tahanan Kurdish, Mahsa Amini.

Mahsa, wanita berusia 22 tahun meninggal dunia di hospital Iran, sehari selepas ditahan pihak polis berhubung kesalahan tidak mematuhi peraturan pemakaian tudung mencetuskan kemarahan rakyat Iran.

Memetik laporan BBC, antara yang dilaporkan maut ialah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditembak mati apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Protes kini menular ke lebih 20 bandar utama termasuk ibu negara, Tehran.

Antara video tunjuk perasaan yang disebarkan di media sosial adalah paparan beberapa wanita menanggalkan tudung mereka sebelum membakarnya.

Katakan tidak untuk tudung, tidak untuk serban, ya untuk kebebasan dan kesaksamaan!” luah seorang penunjuk perasaan di Tehran.

Author