Connect with us

Terkini

Sembilan institusi pendidikan Cina tolak penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular

Sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini sebulat suara menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee.
  • Institusi pendidikan Cina itu adalah Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Institut Pengajian Cina UTAR, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia, Majlis Guru Besar SJKC Malaysia dan Persatuan Ibubapa Pendidikan Cina Malaysia.
  • Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata penolakan itu adalah kerana bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukanlah Bahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua pelajar terbabit, maka Bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar Melayu lain, kata Lek Aee dipetik China Press ketika hadir mesyuarat dalaman mengenai penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular di Bangunan Dong Zong, semalam.
  • Isu penyelarasan Bahasa Melayu di sekolah vernakular oleh KPM untuk memperkasakan penguasaan bahasa kebangsaan dan mengukuhkan perpaduan kaum pernah dibangkitkan beberapa kali dengan kali terakhirnya pada 2015.

KUALA LUMPUR – Sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini sebulat suara menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.

Institusi pendidikan Cina itu adalah Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Institut Pengajian Cina UTAR, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia, Majlis Guru Besar SJKC Malaysia dan Persatuan Ibubapa Pendidikan Cina Malaysia.

Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata penolakan itu adalah kerana bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukanlah Bahasa Melayu.

Katanya, Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua pelajar terbabit, maka Bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar Melayu lain.

Lek Aee dipetik berkata demikian oleh China Press ketika hadir mesyuarat dalaman mengenai penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular di Bangunan Dong Zong, semalam.

Beliau memaklumkan mesyuarat dengan KPM yang asalnya dijadualkan pada Jumaat ini (30 Ogos 2024) juga akan ditangguhkan.

“Kami baru menerima berita ini dan tarikh baharu belum ditentukan lagi,” kata Lek Aee.

Lek Aee berkata beliau tidak tahu objektif KPM membuat rancangan penyelarasan silibus bahasa berkenaan di sekolah rendah vernakular. 

Isu penyelarasan Bahasa Melayu di sekolah vernakular oleh KPM untuk memperkasakan penguasaan bahasa kebangsaan dan mengukuhkan perpaduan kaum pernah dibangkitkan beberapa kali dengan kali terakhirnya pada 2015.– The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *