Terkini
“Saya setuju R.I.P hanya untuk Kristian” – Ahli gereja Anglican Church
Orang Kristian tidak dibenarkan mengguna ungkapan Rest In Peace (R.I.P) terhadap orang bukan Kristian yang telah meninggal dunia, demikian kenyataan seorang ahli gereja, Ascended Christ Anglican Church di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
- Orang Kristian tidak dibenarkan guna ungkapan Rest In Peace (R.I.P) terhadap orang bukan Kristian sekiranya ada kematian berlaku, demikian kenyataan seorang ahli gereja Anglican Church di Jalan Pahang.
- “Saya setuju R.I.P hanya untuk Kristian iaitu orang yang mempercayai ‘Jesus’ namun bagi orang yang tidak mempercayai ‘Jesus’ ungkapan itu tidak sesuai digunakan.
- “Kadang-kadang saya tahu ada ‘non muslim’ tetapi saya tetap tidak akan menggunakan atau ucap R.I.P kerana saya tidak tahu dia agama apa.
- “Oleh kerana itu saya akan gunakan ‘saya turut berdukacita’ kepada orang bukan Kristian sekiranya ada kematian,” – Ahli gereja.
KUALA LUMPUR – Orang Kristian tidak dibenarkan mengguna ungkapan Rest In Peace (R.I.P) terhadap orang bukan Kristian yang telah meninggal dunia, demikian kenyataan seorang ahli gereja, Ascended Christ Anglican Church di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Beliau yang lebih selesa dikenali sebagai Clement bersetuju bahawa Kristian tidak boleh menggunakan ungkapan R.I.P ke atas orang bukan Kristian mengikut kitab suci agama itu.
“Saya setuju R.I.P hanya untuk Kristian iaitu orang yang mempercayai ‘Jesus’ namun bagi orang yang tidak mempercayai ‘Jesus’ ungkapan itu tidak sesuai digunakan.
“Kadang-kadang saya tahu ada ‘non muslim’ tetapi saya tetap tidak akan menggunakan atau ucap R.I.P kerana saya tidak tahu dia agama apa.
“Untuk Kristian saya sarankan, sebab kita tidak tahu agama orang lain, walaupun nama dia ‘jesus’ kita tidak tahu dia menganut agama apa, seperti saya, saya berbangsa Iban, tetapi saya Kristian jadi tidak semua orang Iban menganut Kristian,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.
“Oleh kerana itu saya akan gunakan ‘saya turut berdukacita’ kepada orang bukan Kristian sekiranya ada kematian” katanya.
Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melaporkan bahawa seseorang Muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.
Penggunaan ucapan R.I.P itu menimbulkan pertikaian ramai susulan kematian Ratu Elizabeth II.- The Merdeka Times