Connect with us

Terkini

Kerajaan Malaysia, Anwar ‘subahat’ genosid di Gaza jika benarkan BlackRock beli saham MAHB

Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bersubahat dengan genosid rakyat Gaza sekiranya membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bersubahat dengan genosid rakyat Gaza sekiranya membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki pegangan dalam  Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana BlackRock, jelas bersubahat dengan genosid di rakyat Gaza dan pemiliknya, Larry Fink adalah seorang zionis malah secara terbuka menyokong Israel dan mengutuk Hamas.
  • “Awak boleh mempunyai kompas moral menyokong Palestin dan menolak perjanjian ini dengan Blackrock dan pada masa sama mendapatkan pelabur (lain) untuk memastikan kita dapat menaik taraf lapangan terbang yang mana pelaburnya bukan Blackrock.
  • “Boleh tak awak buat kedua-duanya? Inilah yang saya ingin beritahu Al-Jazeera, jika perjanjian ini tidak dibatalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Khazanah, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, ia bermakna kerajaan dan perdana menteri bersubahat dalam genosid di Gaza hari ini,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bersubahat dengan genosid rakyat Gaza sekiranya membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana BlackRock jelas bersubahat dengan genosid di rakyat Gaza dan pemiliknya, Larry Fink adalah seorang zionis malah secara terbuka menyokong Israel dan mengutuk Hamas.

Beliau juga menggesa perjanjian membabitkan MAHB itu dihentikan.

“Saya fikir (urusan penjualan saham ini) niat baiknya adalah kerana kerajaan mahu menaik taraf lapangan terbang. Tetapi adakah kita memerlukan BlackRock? Tidak!

“Awak boleh mempunyai kompas moral menyokong Palestin dan menolak perjanjian ini dengan BlackRock dan pada masa sama mendapatkan pelabur (lain) untuk memastikan kita dapat menaik taraf lapangan terbang yang mana pelaburnya bukan BlackRock.

“Boleh tak awak buat kedua-duanya? Inilah yang saya ingin beritahu Al-Jazeera, jika perjanjian ini tidak dibatalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Khazanah, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, ia bermakna kerajaan dan perdana menteri bersubahat dalam genosid di Gaza hari ini,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Rapat Umum: Tolak BlackRock, Selamatkan Harta Negara yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor di sini, pada Khamis.

Pada 2 Jun lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilaporkan mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock memiliki pegangan dalam MAHB.

Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Pengkritik juga mendakwa BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.

Tengku Zafrul bagaimanapun berkata BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Terbaharu, GIP menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending