Terkini
(VIDEO) KPKM nafi kegiatan manipulasi beras, 900 pemeriksaan, tiada kampit beras ditukar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan berlakunya kegiatan manipulasi beras, termasuk penukaran bungkusan beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI), seperti dakwaan pihak tertentu sehingga menyumbang kepada kenaikan harga beras.
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan berlakunya kegiatan manipulasi beras, termasuk penukaran bungkusan beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI), seperti dakwaan pihak tertentu sehingga menyumbang kepada kenaikan harga beras.
- Mengakui kekurangan beras putih di pasaran, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata penafian itu berdasarkan penguatkuasaan OP JAMIN yang dijalankan secara berkala setakat ini membabitkan 900 pemeriksaan di seluruh negara.
- Katanya, KPKM juga menetapkan had pembelian maksimum 100 kilogram (kg) beras putih tempatan (BPT) bagi setiap individu atau syarikat berkuat kuasa serta-merta bagi menstabilkan harga beras di pasaran.
- “Tidak ada yang didakwa berlaku (tukar bungkusan beras putih tempatan kepada kampit beras import) cuma ada kekurangan beras putih kita dapati ada peniaga-peniaga yang beli beras putih dalam satu masa dalam 500 ke 700 sebab itu kita buat sekatan hari ini, cuma 10 beg (boleh dibeli) mengikut peraturan 10(1)(b) setiap orang hanya boleh membeli 10 kampit beras atau 100kg,” katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 Sub Sektor Padi dan Beras Negara bersama pemain industri serta pihak berkepentingan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, dekat sini hari ini.
- Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu pula memberi jaminan bekalan beras masih mencukupi dan terkawal sehingga kini.
KUALA LUMPUR — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan berlakunya kegiatan manipulasi beras, termasuk penukaran bungkusan beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI), seperti dakwaan pihak tertentu sehingga menyumbang kepada kenaikan harga beras.
Mengakui kekurangan beras putih di pasaran, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata penafian itu berdasarkan penguatkuasaan OP JAMIN yang dijalankan secara berkala setakat ini membabitkan 900 pemeriksaan di seluruh negara.
Katanya, KPKM juga menetapkan had pembelian maksimum 100 kilogram (kg) beras putih tempatan (BPT) bagi setiap individu atau syarikat berkuat kuasa serta-merta bagi menstabilkan harga beras di pasaran.
“Tidak ada yang didakwa berlaku (tukar bungkusan beras putih tempatan kepada kampit beras import) cuma ada kekurangan beras putih kita dapati ada peniaga-peniaga yang beli beras putih dalam satu masa dalam 500 ke 700 sebab itu kita buat sekatan hari ini, cuma 10 beg (boleh dibeli) mengikut peraturan 10(1)(b) setiap orang hanya boleh membeli 10 kampit beras atau 100kg,” katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 Sub Sektor Padi dan Beras Negara bersama pemain industri serta pihak berkepentingan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, dekat sini hari ini.
Hadir sama sesi dialog itu ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mengulas dakwaan dibuat, Azman menyifatkannya sebagai tidak berasas dan andaian orang ramai semata-mata kerana tiada sebarang aduan rasmi diterima berkenaannya setakat ini.
Beliau juga menegaskan pihak terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mengganggu penjawat awam melakukan tugas sekiranya dakwaan itu didapati tidak betul.
“Itu andaian daripada orang ramai mengatakan benda itu berlaku sebenarnya tiada aduan rasmi daripada mana-mana orang ramai walaupun yang buat TikTok tapi dia tidak buat aduan rasmi di kilang dan lokasi mana berlaku .
“Sepatutnya dia kena jelas kilang mana terlibat perseorangan mana terlibat dan wakil yang bercakap (buat dakwaan) ini adalah wakil kilang yang sudah 10 tahun tiada kilang, yang bercakap pasal tukar beras kampit ini.
“Dan beliau antara penghutang BERNAS yang telah kita selesaikan sebenarnya dan sepatutnya mereka ini tidak ada pengalaman pun dah 10 tahun lepas mereka ada kilang tapi sekarang satu butir beras pun mereka tak proses sepatutnya dia bantu kerajaanlah supaya tidak merugikan rakyat dan meresahkan rakyat sebenarnya perkara itu tidak berlaku,” katanya.
Sebelum ini, tinjauan The Merdeka Times di Sekinchan mendapati antara punca beras Super Special Tempatan (SST) susut di pasaran adalah disebabkan pengilang didakwa mencampurkan beras tempatan dengan beras import.
Selain itu, pesawah juga tidak dapat membekalkan padi mencukupi kepada pengilang kerana berdepan kemerosotan tuaian, selain pengeluaran padi di kawasan itu dijadikan padi benih dan keadaan tanah tidak subur, faktor cuaca serta penggunaan teknologi ketinggalan berbanding negara pengeluar padi lain.
Tinjauan turut dibuat di kedai runcit dan pasar raya di ibu negara di mana majoriti daripada mereka mengalami kekurangan dan kehabisan stok bekalan beras SST sejak tiga hingga enam bulan lalu.
Mohamad Sabu pula memberi jaminan bekalan beras masih mencukupi dan terkawal sehingga kini. — The Merdeka Times
View this post on Instagram