Connect with us

Terkini

Indonesia rancang tapis platform penstriman seperti Disney+, Netflix 

Kerajaan Indonesia merancang untuk menapis kandungan perkhidmatan penstriman atau platform over the top (OTT) seperti Disney+ dan Netflix. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Indonesia rancang tapis platform penstriman seperti Disney+, Netflix 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Indonesia merancang untuk menapis kandungan perkhidmatan penstriman atau platform over the top (OTT) seperti Disney+ dan Netflix. 
  • Pakar mengatakan rancangan itu secara tidak langsung mendorong penonton beralih ke platform penstriman haram. 
  • Menteri Komunikasi dan Informasi, Budie Arie Setiadi pada Isnin berkata, rancangan itu dibuat selepas platform OTT menegaskan mereka bukan platform penyiaran walaupun menghasilkan kandungan audio-visual. 
  • “Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka,” kata menteri komunikasi Indonesia itu dipetik Tempo. 
  • Rancangan kerajaan untuk menapis kandungan pada platform OTT itu pertama kali dikongsi Ketua Pengarah Penerangan Awam dan Komunikasi Indonesia, Usman Kansong pada hujung minggu lalu.

Kerajaan Indonesia merancang untuk menapis kandungan perkhidmatan penstriman atau platform over the top (OTT) seperti Disney+ dan Netflix. 

Pakar mengatakan rancangan itu secara tidak langsung mendorong penonton beralih ke platform penstriman haram. 

Menteri Komunikasi dan Informasi, Budie Arie Setiadi pada Isnin berkata, rancangan itu dibuat selepas platform OTT menegaskan mereka bukan platform penyiaran walaupun menghasilkan kandungan audio-visual. 

“Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka,” kata menteri komunikasi Indonesia itu dipetik Tempo. 

Rancangan itu masih dalam fasa perbincangan dan belum dimaklumkan kepada platform sasaran. 

Bagaimanapun, Platform OTT tidak tertakluk pada Undang-Undang Penyiaran Indonesia yang memerlukan mereka mematuhi langkah penapisan yang dikenakan lembaga penapisan filem negara itu. 

Pensyarah dan penyelidik media di Jabatan Komunikasi dan Media Baharu di Universiti Nasional Singapura, Dr Wu Shangyuan berkata kerajaan boleh menapis kandungan untuk melindungi kumpulan yang terdedah daripada kandungan ganas atau seksual berlebihan atau memastikan norma dan nilai sosial dalam masyarakat itu kekal kukuh. 

Ketua Pengarah Penerangan Awam dan Komunikasi Indonesia, Usman Kansong berkata langkah penapisan itu bertujuan memberi keadilan kepada audiens.

Katanya, Indonesia sudah mempunyai peraturan, termasuk berkaitan ponografi dan sudah ada pilihan bagi penapisan atau lokalisasi yang merujuk kepada penetapan had umur atau waktu siaran. 

Rancangan kerajaan untuk menapis kandungan pada platform OTT itu pertama kali dikongsi Usman Kansong pada hujung minggu lalu.

Sumber: CNA News 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *