Connect with us

Antarabangsa

Jadi mangsa serangan siber India selepas berita Modi: Portal Berita

Sebuah portal berita terkemuka Afrika Selatan mendakwa menjadi mangsa ‘serangan siber berniat jahat dari India selepas ia pada Rabu melaporkan bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi enggan turun dari pesawatnya pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Waterkloof berhampiran Pretoria berhubung dakwaan layanan tidak setara yang diterimanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jadi mangsa serangan siber India selepas berita Modi: Portal Berita
Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Sebuah portal berita terkemuka Afrika Selatan mendakwa menjadi mangsa ‘serangan siber berniat jahat dari India selepas ia pada Rabu melaporkan bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi enggan turun dari pesawatnya pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Waterkloof berhampiran Pretoria berhubung dakwaan layanan tidak setara yang diterimanya.
  • Laporan Daily Maverick dinafikan pejabat Timbalan Presiden Afrika Selatan Paul Mashatile dalam komen yang disiarkan media India dan Afrika Selatan, berkata Modi kecewa kerajaan Afrika Selatan hanya menghantar seorang menteri kabinet untuk menyambutnya sebaik ketibaannya untuk menghadiri sidang kepimpinan BRICS di Johannesburg dari 22-24 Ogos.
  • “Sebagai perbandingan, Presiden Cyril Ramaphosa sendiri telah berada di atas landasan untuk menyambut Presiden China Xi Jinping ketika beliau tiba pada malam Isnin, Daily Maverick melaporkan dalam artikelnya bertajuk “Cinta Segitiga Sukar: Ketika Ramaphosa memberi perhatian kepada Xi, Modi mengamuk dan enggan turun dari pesawatnya.”
  • Semasa melaporkan portal itu menjadi mangsa “Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS)”, Daily Maverick dalam catatan media sosialnya berkata, ia tetap mempertahankan laporannya mengenai Modi.
  • Penyelaras keselamatan laman web itu berkata, serangan siber membanjiri laman web itu dengan trafik bot dengan niat untuk menurunkannya.

NEW DELHI – Sebuah portal berita terkemuka Afrika Selatan mendakwa menjadi mangsa ‘serangan siber berniat jahat dari India selepas ia pada Rabu melaporkan bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi enggan turun dari pesawatnya pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Waterkloof berhampiran Pretoria berhubung dakwaan layanan tidak setara yang diterimanya.

Laporan Daily Maverick yang dinafikan pejabat Timbalan Presiden Afrika Selatan Paul Mashatile dalam komen yang disiarkan media India dan Afrika Selatan, berkata Modi kecewa kerana kerajaan Afrika Selatan hanya menghantar seorang menteri kabinet untuk menyambutnya sebaik ketibaannya untuk menghadiri sidang kepimpinan BRICS di Johannesburg dari 22-24 Ogos.

“Sebagai perbandingan, Presiden Cyril Ramaphosa sendiri telah berada di atas landasan untuk menyambut Presiden China Xi Jinping ketika beliau tiba pada malam Isnin, Daily Maverick melaporkan dalam artikelnya bertajuk “Cinta Segitiga Sukar: Ketika Ramaphosa memberi perhatian kepada Xi, Modi mengamuk dan enggan turun dari pesawatnya.” (Tough Love Triangle: While Ramaphosa focused on Xi, Modi threw a tantrum and refused to get off his plane.)

Semasa di Waterkloof, Modi disambut oleh timbalan presiden, tetapi Daily Maverick berkata ini bukan seperti yang diatur sebelumnya dan Mashatile hanya dihantar tergesa-gesa oleh Ramaphosa dari acara kerajaan untuk menenangkan pemimpin India itu.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Mashatile berkata timbalan presiden telah berada di pangkalan udara sebelum ketibaan Modi.

“DP (timbalan presiden) telah dimaklumkan lebih awal, bahawa PM India (Perdana Menteri) akan tiba dan beliau akan menyambutnya. Beliau berada di sana sebelum pesawat membawa PM Modi mendarat,” kata jurucakap Mashatile Vukani Mde dipetik sebagai berkata oleh News24 Afrika Selatan.

Semasa melaporkan portal itu menjadi mangsa “Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS)”, Daily Maverick dalam catatan media sosialnya berkata, ia tetap mempertahankan laporannya mengenai Modi.

Dalam pada itu, penyelaras keselamatan laman web itu berkata, serangan siber membanjiri laman web itu dengan trafik bot dengan niat untuk menurunkannya.

“Kami menyiasat dan mendapati ia datang dari sebilangan besar pelayan India,” kata penyelaras keselamatan itu.

Laman web itu tidak boleh diakses dari India pada awal Khamis.

“Adalah jelas bahawa tujuan serangan ini adalah untuk menafikan akses rakyat India kepada berita ini kerana tiada percubaan dibuat untuk menyembunyikan punca serangan. Ini menyebabkan kami tiada pilihan selain menyekat seluruh domain India untuk melindungi integriti portal itu,” kata ketua pengarang portal Branko Brkic.

Beliau juga berkata Daily Maverick “berpegang dengan laporannya dan akan terus melaporkan perkembangan”. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *