Terkini
“PRU-15 bertarikh 8 Oktober, hanya spekulasi,” – Setiausaha Agung UMNO
UMNO menganggap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang kononnya bakal diadakan pada 8 Oktober depan, hanyalah spekulasi semata-mata.

- UMNO anggap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang kononnya bakal diadakan pada 8 Oktober depan, hanya spekulasi tambahan lagi penggal pentadbiran negara bakal cukup tempoh tahun depan.
- “Spekulasi PRU-15 ini setiap minggu akan ada. Saya anggap ia hanya spekulasi sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, betul-betul bubarkan Parlimen nanti,” – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan
- “Kita harap lagi cepat lagi baik. Itu pandangan saya secara peribadi, malah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Ahad lalu turut dilaporkan berharap PRU-15 diadakan tahun ini juga.”
- “Yang penting bagi kita adalah persiapan rapi untuk berhadapan PRU-15.”
- Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai beberapa tarikh utama membabitkan PRU-15, termasuk pembubaran Parlimen (1 September), penamaan calon (25 September) dan tarikh mengundi (8 Oktober).
PONTIAN: UMNO menganggap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang kononnya bakal diadakan pada 8 Oktober depan, hanyalah spekulasi semata-mata.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penularan beberapa tarikh penting membabitkan PRU-15 itu yang semakin hangat ditularkan itu adalah lumrah dunia politik, tambahan lagi penggal pentadbiran negara bakal cukup tempoh tahun depan.
“Itu spekulasi yang berpanjangan (tular tarikh PRU-15). Spekulasi PRU-15 ini setiap minggu akan ada.
“Saya anggap ia hanya spekulasi sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, betul-betul bubarkan Parlimen nanti.
“Apapun, kita jangka (tarikh PRU-15) tidak lama lagilah. Kalau sampai bulan lima tahun depan, itu sudah lengkap lima tahun (penggal pentadbiran),” katanya menerusi laporan Berita Harian hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Kibaran Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Pontian, di Sungai Pinggan, di sini pada Rabu.
Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai beberapa tarikh utama membabitkan PRU-15, termasuk pembubaran Parlimen (1 September), penamaan calon (25 September) dan tarikh mengundi (8 Oktober).
Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau secara peribadi turut berharap PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat.
“Kita harap lagi cepat lagi baik. Itu pandangan saya secara peribadi, malah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Ahad lalu turut dilaporkan berharap PRU-15 diadakan tahun ini juga.
“Yang penting bagi kita adalah persiapan rapi untuk berhadapan PRU-15. BN juga akan menyelesaikan baki pemukiman negeri membabitkan Johor, minggu ini, diikuti Melaka pada Ahad), Perak (Isnin) dan diakhiri Pahang, hujung minggu depan.
“Ia bagi mempersiapkan UMNO dan BN dalam berhadapan PRU-15,” katanya.
Sumber : Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login