Connect with us

Terkini

SPR arah Daud tukar baju parti

Calon Parti Utama Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Datuk Mohd Daud Leong Abdullah, 58, diarah menukar baju kerana memakai baju tertera logo parti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

SPR arah Daud tukar baju parti
Foto: Calon Parti Utama Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Datuk Mohd Daud Leong Abdullah.
  • Calon Parti Utama Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Datuk Mohd Daud Leong Abdullah, 58, diarah menukar baju kerana memakai baju tertera logo parti.
  • Beliau yang memasuki Pusat Penamaan Calon DUN Dengkil di Dewan Semarak di sini pada jam 9 pagi diiringi beberapa penyokong.
  • Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Daud dikhuatiri melanggar peraturan SPR pada hari penamaan apabila memakai kemeja putih tertera logo parti politik itu.

CYBERJAYA: Calon Parti Utama Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Datuk Mohd Daud Leong Abdullah, 58, diarah menukar baju kerana memakai baju tertera logo parti.

Beliau yang memasuki Pusat Penamaan Calon DUN Dengkil di Dewan Semarak di sini pada jam 9 pagi diiringi beberapa penyokong.

Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Daud dikhuatiri melanggar peraturan SPR pada hari penamaan apabila memakai kemeja putih tertera logo parti politik itu.

Beliau berkata, proses pendaftaran sebagai calon selesai namun beliau diarahkan untuk menukar baju yang dipakai.

Katanya, beliau akur dengan arahan SPR dan mendapatkan baju lain daripada penyokong yang hadir.

“Saya menghormati arahan SPR dan masa pencalonan juga masih belum ditutup,” katanya.

Sebelum itu Mohd Daud dilihat bergegas keluar dari dewan untuk mendapatkan baju dari penyokong yang berada di luar dewan.

DUN Dengkil bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Selain Mohd Daud, tiga calon lain terdiri dari Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sepang, Noorazli Said; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh mewakili Perikatan Nasional dan Darren Ong Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *