Terkini
Jangan berselindung sebalik kebebasan bersuara untuk cetus kebencian – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan berselindung di sebalik kebebasan bersuara ketika mencetuskan kebencian adalah perbuatan yang memalukan.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan berselindung di sebalik kebebasan bersuara ketika mencetuskan kebencian adalah perbuatan yang memalukan.
- “Sama seperti kita menolak keterlaluan amalan totalitarianisme, tanggapan ekstremis mengenai kebebasan yang turut merugikan masyarakat, boleh membawa kepada pelanggaran lebih lanjut terhadap orang lain hak untuk hidup dan berasa selamat,” katanya dalam kenyataan Jumaat lalu.
- Dalam kenyataan sama, Anwar memuji Pertubuhan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang meluluskan resolusi menentang kebencian agama yang membentuk hasutan untuk diskriminasi, permusuhan atau keganasan sebagai tindak balas terhadap pembakaran al-Quran yang dibenarkan di luar sebuah masjid di Stockholm ketika sambutan Aidiladha bulan lalu.
- Walaupun UNHRC telah berani menentang kebencian ini, Anwar berharap pihak yang menentang langkah itu renungkan pilihan mereka, dan melakukan apa yang termampu dalam kuasa mereka untuk memastikan tindakan dan kata-kata mereka tidak menyebabkan keburukan, ketidakadilan terhadap hak manusia yang dipertahankan.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan berselindung di sebalik kebebasan bersuara ketika mencetuskan kebencian adalah perbuatan yang memalukan.
Perdana Menteri berkata menggunakan hak kebebasan bersuara sebagai perisai, menyebabkan hak itu terdedah kepada salah guna secara teratur yang membolehkan perbuatan kebencian dan kekejaman.
“Sama seperti kita menolak keterlaluan amalan totalitarianisme, tanggapan ekstremis mengenai kebebasan yang turut merugikan masyarakat, boleh membawa kepada pelanggaran lebih lanjut terhadap orang lain hak untuk hidup dan berasa selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, Anwar memuji Pertubuhan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang meluluskan resolusi menentang kebencian agama yang membentuk hasutan untuk diskriminasi, permusuhan atau keganasan sebagai tindak balas terhadap pembakaran al-Quran yang dibenarkan di luar sebuah masjid di Stockholm ketika sambutan Aidiladha bulan lalu.
Bagaimanapun, Anwar berkata malangnya, untuk setiap langkah progresif yang diambil menentang Islamofobia, api kebencian semakin menyala dalam kalangan mereka yang menyembunyikan perbuatan keji mereka di sebalik hak kebebasan bersuara, seperti yang ditunjukkan oleh negara anggota yang tidak bersetuju.
“Islamophobia adalah racun yang mengancam negara-negara Barat sama seperti ia mengancam umat Islam di mana-mana negara yang mereka tinggal. Ia adalah (bentuk) percanggahan, di samping semua yang tidak logik seperti kebencian dan xenofobia terhadap matlamat masyarakat manusia bersama kita.
“Kita tidak boleh selesaikan isu ini dengan membakar dan mencemarkan buku masing-masing, tetapi dengan membaca mereka dan terbabit dalam dialog,” katanya.
Walaupun UNHRC telah berani menentang kebencian ini, Anwar berharap pihak yang menentang langkah itu renungkan pilihan mereka, dan melakukan apa yang termampu dalam kuasa mereka untuk memastikan tindakan dan kata-kata mereka tidak menyebabkan keburukan, ketidakadilan terhadap hak manusia yang dipertahankan.
“Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian tegas menentang Islamofobia dan tidak sabar-sabar untuk melihat polis Sweden mengulangi pendirian ini semasa mereka menjalankan siasatan,” katanya.
Beliau berkata, kesan mudarat dan kesakitan yang disebabkan oleh perbuatan segelintir orang hanya boleh diimbangi oleh ahli masyarakat yang lain supaya teguh berdiri bersama, dan memilih untuk menghormati seseorang yang lain, untuk mengambil berat dan menunjukkan belas kasihan, dan untuk mencari titik pemahaman.
Sumber : Berita Harian