Connect with us

Antarabangsa

Dunia perlu bersedia hadapi gelombang haba lebih buruk – PBB

Dunia perlu bersiap sedia untuk menghadapi gelombang haba yang semakin buruk, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam amarannya pada hari ini (semalam) ketika negara-negara di serata Hemisfera Utara berdepan lonjakan suhu panas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dunia perlu bersedia hadapi gelombang haba lebih buruk – PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dunia perlu bersiap sedia menghadapi gelombang haba yang semakin buruk, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam amarannya hari ini (semalam) ketika negara-negara di serata Hemisfera Utara berdepan lonjakan suhu panas.
  • “Gelombang haba akan berterusan menjadi bertambah panas dan dunia perlu bersiap sedia menghadapinya,” kata penasihat kanan haba ekstrem Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) yang dinaungi PBB, John Nairn kepada pemberita di Geneva.
  • Komen beliau disiarkan ketika Eropah melakukan persiapan kedatangan suhu tinggi hari ini (semalam) berikutan gelombang haba dan kebakaran hutan berterusan yang melanda sebahagian besar Hemisfera Utara dan memaksa 1,200 kanak-kanak berhampiran sebuah resort tepi pantai  di Greece dipindahkan.
  • Pihak berkuasa kesihatan memberikan nasihat dari Amerika Utara hinggalah ke Eropah dan Benua Asia supaya orang ramai kekal terhidrat dan berlindung daripada pancaran panas matahari, petanda kesan pemanasan global.
  • “Gelombang haba merupakan bencana alam semula jadi paling membawa maut dengan beratus-ratus ribu orang berada  di ambang maut pada setiap tahun,” kata Nairn.

GENEVA, Switzerland – Dunia perlu bersiap sedia untuk menghadapi gelombang haba yang semakin buruk, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam amarannya pada hari ini (semalam) ketika negara-negara di serata Hemisfera Utara berdepan lonjakan suhu panas.

“Gelombang haba akan berterusan menjadi bertambah panas dan dunia perlu bersiap sedia menghadapinya,” kata penasihat kanan haba ekstrem Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) yang dinaungi PBB, John Nairn kepada pemberita di Geneva.

Komen beliau disiarkan ketika Eropah melakukan persiapan kedatangan suhu tinggi hari ini (semalam) berikutan gelombang haba dan kebakaran hutan berterusan yang melanda sebahagian besar Hemisfera Utara dan memaksa 1,200 kanak-kanak berhampiran sebuah resort tepi pantai  di Greece dipindahkan.

Pihak berkuasa kesihatan memberikan nasihat dari Amerika Utara hinggalah ke Eropah dan Benua Asia supaya orang ramai kekal terhidrat dan berlindung daripada pancaran panas matahari, petanda kesan pemanasan global.

“Gelombang haba merupakan bencana alam semula jadi paling membawa maut dengan beratus-ratus ribu orang berada  di ambang maut pada setiap tahun,” kata Nairn.

Katanya, bilangan gelombang haba yang berlaku serentak di Hemisfera Utara meningkat enam kali ganda sejak tahun 1980-an.

“Trend ini tidak menunjukkan tanda akan reda. Ia akan mengakibatkan kesan yang agak serius terhadap kesihatan dan kehidupan manusia,” katanya.

Pada hujung minggu lalu, WMO berkata, amaran dan nasihat haba melampau disiarkan meliputi 100 juta orang di Amerika Syarikat.

Eropah yang merupakan benua paling cepat menjadi panas, berdepan kemuncak gelombang haba semasa yang dijangka melanda Pulau Sicily dan Sardinia di mana suhu 48 darjah Celsius diramalkan oleh Agensi Angkasa Eropah.

Rekod semasa haba di Eropah ialah 48.8 Celsius yang direkodkan di Sicily pada 2021, demikian menurut WMO.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *