Terkini
‘Siapa duduk sahaja, aku buang’ – Mat Sabu
Pengerusi bagi badan berkanun dan ahli lembaga pengarah (ALP) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diingatkan supaya menjalankan tugas penuh amanah atau berdepan dilucutkan jawatan itu.
- Pengerusi bagi badan berkanun dan ahli lembaga pengarah (ALP) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diingatkan supaya menjalankan tugas penuh amanah atau berdepan dilucutkan jawatan itu.
- Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini penting bagi mereka sentiasa bersama dengan masyarakat dengan turun padang menyantuni dan membantu terutama petani dan nelayan.
- “Jangan duduk saja (sahaja). Jangan hanya hadir mesyuarat apabila dipanggil. Siapa yang duduk saja, saya dapat rekod dia hanya hadir mesyuarat, hang tunggu aku buang la (waktu) itu juga,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Selangor di MSekin Wonderland, di sini, hari ini.
- Mohamad menjelaskan kedudukan tahap keterjaminan makanan di negara ini masih stabil dengan usaha diambil kerajaan termasuk melalui pemberian pelbagai jenis bantuan dan peningkatan import untuk memastikan kecukupan bekalan makanan.
SABAK BERNAM – Pengerusi bagi badan berkanun dan ahli lembaga pengarah (ALP) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diingatkan supaya menjalankan tugas penuh amanah atau berdepan dilucutkan jawatan itu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini penting bagi mereka sentiasa bersama dengan masyarakat dengan turun padang menyantuni dan membantu terutama petani dan nelayan.
“Jangan duduk saja (sahaja). Jangan hanya hadir mesyuarat apabila dipanggil. Siapa yang duduk saja, saya dapat rekod dia hanya hadir mesyuarat, hang tunggu aku buang la (waktu) itu juga,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Selangor di MSekin Wonderland, di sini, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadiri kira-kira 6,000 pengunjung.
Mohamad sebelum ini mengumumkan pelantikan beberapa Pengerusi bagi badan berkanun di bawah kementeriannya termasuk Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Selain itu, ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM); bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan kedudukan tahap keterjaminan makanan di negara ini masih stabil dengan usaha diambil kerajaan termasuk melalui pemberian pelbagai jenis bantuan dan peningkatan import untuk memastikan kecukupan bekalan makanan.
“Berdasarkan trend pengeluaran dan import semasa, kementerian ini yakin bahawa bekalan makanan dalam negara mencukupi bagi menampung keperluan domestik.
“Kementerian juga telah menjenamakan semula Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) kepada Jualan Agro Madani dan diaktifkan di seluruh negara supaya dapat mengimbangi harganya berbanding harga dalam pasaran,” katanya.
Sumber: Kosmo