Connect with us

Antarabangsa

Trump kembalikan larangan perjalanan negara Islam jika terpilih jadi Presiden

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji mahu mengembalikan larangan perjalanan kontroversi yang menyasarkan kebanyakan negara Islam jika beliau dipilih semula menerajui negara itu pada pilihan raya tahun depan.

Wartawan TMT

Published

on

Trump kembalikan larangan perjalanan negara Islam jika terpilih jadi Presiden
Foto: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
  • Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji mahu kembalikan larangan perjalanan kontroversi yang menyasarkan kebanyakan negara Islam jika beliau dipilih semula menerajui negara itu pada pilihan raya tahun depan.
  • “Kami akan menjauhkan pengganas Islam radikal dari negara kami,” katanya ketika menghadiri sidang kemuncak tahunan Gabungan Yahudi Republikan di Las Vegas kelmarin.
  • Pada permulaan jawatan presidennya pada 2017, Trump mengenakan sekatan menyeluruh terhadap kemasukan pelancong dari Iran, Libya, Somalia, Syria, Yaman, Iraq dan Sudan.
  • Perintah itu pantas dicabar di mahkamah sebagai diskriminasi terhadap kumpulan agama, tetapi larangan tersebut bersama dengan agenda anti-imigresen Trump sangat popular dalam kalangan penyokongnya.

LAS VEGAS: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji mahu mengembalikan larangan perjalanan kontroversi yang menyasarkan kebanyakan negara Islam jika beliau dipilih semula menerajui negara itu pada pilihan raya tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang kemuncak tahunan Gabungan Yahudi Republikan di Las Vegas kelmarin.

“Kami akan menjauhkan pengganas Islam radikal dari negara kami.

“Anda masih ingat tentang larangan perjalanan? Pada hari pertama saya kembali bertugas saya akan melaksanakan semula larangan itu,” katanya.

Pada permulaan jawatan presidennya pada 2017, Trump mengenakan sekatan menyeluruh terhadap kemasukan pelancong dari Iran, Libya, Somalia, Syria, Yaman, Iraq dan Sudan.

Perintah itu pantas dicabar di mahkamah sebagai diskriminasi terhadap kumpulan agama, tetapi larangan tersebut bersama dengan agenda anti-imigresen Trump sangat popular dalam kalangan penyokongnya.

Presiden, Joe Biden membatalkan larangan itu ketika minggu pertamanya memegang jawatan pada 2021.

Dalam majlis sama, Trump berkata, beliau akan mempertahankan rakan dan sekutu AS di Israel seperti yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa.

“Konflik antara Israel dan Hamas adalah pergaduhan antara tamadun dan kekejaman, antara kesopanan dan kebiadaban dan antara kebaikan dan kejahatan,” tambahnya.

Sebelum ini, Trump mendapat perhatian media kerana menyifatkan kumpulan pejuang Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan sebagai sangat bijak dan mengkritik Perdana Israel, Menteri Benjamin Netanyahu.

Dalam pada itu, Bekas Timbalan Presiden, Mike Pence mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menjadi calon pertama mengumumkan menarik diri daripada perlumbaan merebut jawatan Presiden AS pada 2024.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending