Connect with us

Antarabangsa

Denver haramkan jualan produk nikotin, tembakau berperisa

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Bandar Denver, Colorado, kini menyertai senarai bandar di Amerika Syarikat yang mengambil tindakan larangan ke atas produk nikotin dan tembakau, lapor CBS News.
  • Dalam undian 11-1, Majlis Bandaraya Denver telah meluluskan larangan ke atas penjualan produk nikotin dan tembakau berperisa.
  • Langkah itu melarang penjualan tembakau berperisa, rokok mentol dan vape di seluruh bandar tersebut.

Bandar Denver, Colorado, kini menyertai senarai bandar di Amerika Syarikat yang mengambil tindakan larangan ke atas produk nikotin dan tembakau, lapor CBS News.

Dalam undian 11-1, Majlis Bandaraya Denver telah meluluskan larangan ke atas penjualan produk nikotin dan tembakau berperisa.

Walaupun menerima tentangan perniagaan kecil, majoriti ahli majlis bandaraya Denver menyifatkan langkah itu sebagai penting ke arah usaha melindungi golongan muda dan menangani isu ketidaksamarataan kesihatan dalam komuniti.

Langkah itu melarang penjualan tembakau berperisa, rokok mentol dan vape di seluruh bandar tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas berbulan-bulan perdebatan, input komuniti dan kebimbangan dibangkitkan pemilik perniagaan dan mereka yang menyokong kesihatan awam.

Ahli majlis Gonzales-Guitterez berkata Denver dan Colorado adalah peneraju nasional dalam dasar melindungi kesihatan kanak-kanak.

“Cadangan ini mencerminkan komitmen bersama kita terhadap kesihatan awam dan kesaksamaan,” kata Guitterez.  — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *