Connect with us

Antarabangsa

Ejen Mossad dedah kisah pembunuhan Hezbollah menerusi ‘pager’ buatan Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dua bekas ejen kanan perkhidmatan perisikan Israel, Mossad akhirnya menceritakan kisah di sebalik pembunuhan anggota Hezbollah menerusi alat kelui atau ‘pager’ yang dimiliki kumpulan bersenjata tersebut.
  • Perancangan pembunuhan anggota Hezbollah ini bermula dengan operasi ‘walkie-talkie’ Mossad yang penuh muslihat dan penipuan. Risikan zionis itu mengambil masa lebih satu dekad sebelum meletupkan ia pada September lalu.
  • Menurut Michael, Hezbollah membeli lebih daripada 16,000 peranti yang meletup itu, yang sebahagiannya digunakan terhadap mereka pada 18 September lalu.

Dua bekas ejen kanan perkhidmatan perisikan Israel, Mossad akhirnya menceritakan kisah di sebalik pembunuhan anggota Hezbollah menerusi alat kelui atau ‘pager’ yang dimiliki kumpulan bersenjata tersebut.

Dengan menggunakan nama palsu dan merahsiakan identiti mereka, dua bekas ejen bersara Mossad itu memilih program ’60 Minutes’ terbitan CBS News, untuk berkongsi kronologi operasi bertahun-tahun itu dengan bermula bagaimana mereka membina peranti tersebut hinggalah ia tiba ke tangan Hezbollah.

Perancangan pembunuhan anggota Hezbollah ini bermula dengan operasi ‘walkie-talkie’ Mossad yang penuh muslihat dan penipuan. Risikan zionis itu mengambil masa lebih satu dekad sebelum meletupkan ia pada September lalu.

Menurut bekas ejen Mossad yang menggunakan nama palsu Michael, alat komunikasi itu adalah senjata, sama seperti peluru.

“Walkie-talkie itu adalah senjata, sama seperti peluru, peluru berpandu atau mortar,

“Bateri walkie-talkie tersebut dibangunkan di ibu pejabat Mossad di Israel, termasuklah peranti peledak. Walkie-talkie itu direka untuk dimasukkan ke dalam poket dada vest taktikal untuk tentera,” dedah Michael.

Menurut Michael, Hezbollah membeli lebih daripada 16,000 peranti yang meletup itu, yang sebahagiannya digunakan terhadap mereka pada 18 September lalu.

“Mereka beli dengan harga yang berpatutan,” kata Michael.

Jelasnya, harga tidak boleh terlalu rendah kerana Israel tidak mahu Hezbollah mengesyaki sesuatu. Mossad juga perlu menyembunyikan identiti mereka sebagai penjual dan memastikan walkie-talkie itu tidak dapat dikesan asal-usulnya.

Oleh itu, mereka menubuhkan syarikat-syarikat palsu untuk menyusup ke dalam rantaian bekalan.

“Kami mencipta dunia khayalan. Kami adalah syarikat pengeluaran global. Kami menulis skrip, kami adalah pengarah, kami adalah penerbit, kami adalah pelakon utama dan dunia adalah pentas kami,” kata Michael.

Mossad bagaimanapun tidak berhenti di situ.

Bagi memastikan pembunuhan yang lebih bersasar, Mossad berhasrat untuk membuat peranti yang sentiasa dibawa oleh ahli Hezbollah. Oleh itu, pada tahun 2022, agensi tersebut mula membangunkan pager yang dipenuhi bahan letupan.

Menurut seorang lagi bekas agen Mossad, Gabriel, kumpulan risikan zionis itu mengetahui bahawa Hezbollah membeli pager dari Gold Apollo, sebuah syarikat di Taiwan.

 “Pager Gold Apollo itu kelihatan bergaya, berkilat dan boleh muat dalam poket namun Mossad memerlukan pager yang lebih besar untuk memasukkan bahan letupan di dalamnya,” kata Gabriel.

Menurut Gabriel, rancangan Mossad adalah untuk hanya mencederakan ahli Hezbollah yang mempunyai pager itu, bukan orang di sekeliling mereka.

“Kami menggunakan patung dummy, Mossad menjalankan ujian dengan pager yang dimasukkan ke dalam sarung tangan berlapis, diletakkan di sebelah muka dummy, untuk menyesuaikan jumlah bahan letupan serbuk yang diperlukan agar cukup untuk mencederakan pejuang tersebut, tetapi tidak orang di sebelahnya,” jelas Gabriel.

Gabriel bagaimanapun menyatakan peranti tersebut tidak mempunyai kemampuan pengintipan dan tidak boleh digunakan untuk penjejakan. Ia hanya boleh digunakan sebagai bom mini.

“Ini adalah peranti yang sangat bodoh dari segi sifatnya. Ini sebab mereka (Hezbollah) menggunakannya. Hampir tiada cara untuk menggodamnya,” kata Gabriel.

Maka bagi memastikan Hezbollah membeli pager buatan Mossad ini, Gabriel mendedahkan agensi risikan zionis ini telah menubuhkan syarikat sampingan, termasuk satu di Hungary, untuk menipu Gold Apollo agar bekerjasama dengannya.

Untuk meneruskan rancangan tersebut, Mossad menggaji jurujual Gold Apollo yang biasa bekerjasama dengan Hezbollah yang mana tanpa pengetahuannya bahawa dia sebenarnya bekerja dengan Mossad.

Menurut Gabriel, jurujual itu menawarkan kepada Hezbollah pager keluaran terkini mereka secara percuma dan pada September 2024, Hezbollah memiliki sekitar 5,000 pager keluaran Israel tanpa mereka sedari.

Plot terakhir Mossad adalah bila bom-bom tidur tersebut patut diaktifkan. Terdapat petunjuk bahawa Hezbollah mungkin mula curiga dengan alat-alat tersebut, jadi ketua Mossad, Dadi Barnea, memberi lampu hijau untuk memulakan rancangan pada 17 September.

Pada jam 3:30 petang, pager mula berbunyi di seluruh Lubnan.

Menurut Gabriel, dua hari selepas serangan ‘pager’, pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah, yang terkenal dengan pidato berapi-apinya, memberikan ucapan yang lebih tenang dan dia kelihatan seperti telah kalah,

“Dia sudah kalah perang dan tenteranya melihatnya semasa ucapan itu dan mereka melihat seorang pemimpin yang patah semangat,

“Ini adalah titik perubahan dalam perang,” kata Gabriel dengan penuh angkuh. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *