Connect with us

Terkini

Mana pengganti Menteri KPDN? – PAS

PAS menuntut penjelasan mengenai jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang tidak diisi sehingga hari ini walaupun selepas empat bulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Hidayah Sani

Published

on

Mana pengganti Menteri KPDN? – PAS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PAS menuntut penjelasan mengenai jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang tidak diisi sehingga hari ini walaupun selepas empat bulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
  • Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baharunya, Zurk Ahmad berkata sekalipun jawatan itu mempunyai pemangku dan Timbalan Menteri, jawatan Menteri tetap penting dan utama sebagai anggota dalam mesyuarat Kabinet.
  • “Timbalan Menteri, Fuziah Salleh katanya hala tuju KPDN tidak terjejas walaupun kerja bertambah. Bagaimana pula situasi sebenarnya yang dirasakan rakyat?
  • “Rakyat menilai namun tiada hak menentukan, hanya PM. Jadi apakah alasannya lantikan baru masih belum boleh dibuat?” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini dengan persoalan, ‘Mana Pengganti Menteri KPDN?’.

KUALA LUMPUR — PAS menuntut penjelasan mengenai jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang tidak diisi sehingga hari ini walaupun selepas empat bulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baharunya, Zurk Ahmad berkata sekalipun jawatan itu mempunyai pemangku dan Timbalan Menteri, jawatan Menteri tetap penting dan utama sebagai anggota dalam mesyuarat Kabinet.

Katanya, Perdana Menteri (PM) juga mestilah sangat sedar dan cakna akan isu harga barangan dan kos sara hidup yang berterusan menjadi rungutan majoriti rakyat sama ada pengguna dan peniaga yang sedang bergelut dalam situasi itu.

“Dengan kehadiran Menteri KPDN dahulu pun, berat tanggungjawab beliau menguruskan isu ini dengan inisiatif RAHMAH dan sebagainya. Tak menang tangan.

“Timbalan Menteri, Fuziah Salleh katanya hala tuju KPDN tidak terjejas walaupun kerja bertambah. Bagaimana pula situasi sebenarnya yang dirasakan rakyat?

“Rakyat menilai namun tiada hak menentukan, hanya PM. Jadi apakah alasannya lantikan baru masih belum boleh dibuat?” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini dengan persoalan, ‘Mana Pengganti Menteri KPDN?’.

Zurk Ahmad berkata sebelum ini timbul harapan lantikan Menteri KPDN akan diselesaikan susulan terdapat desas-desus mengatakan PM akan melakukan rombakan kabinet namun perkara itu tidak berlaku sebagaimana dihebohkan.

“Dimaklumkan, Presiden AMANAH pun sudah menghantar senarai nama calon. Apa lagi kekangannya?” katanya.

Terbaharu, media melaporkan Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan siapa yang bakal mengisi jawatan Menteri KPDN.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, meskipun berharap jawatan itu diberikan kepada pemimpin mahupun ahli parti itu, namun Perdana Menteri lebih berhak menentukan siapa yang bakal berada di dalam kabinetnya kelak.

Pada 15 September lalu, Anwar dilaporkan berkata kekosongan jawatan Menteri KPDN akan diisi secepat mungkin dan jika sesiapa mempunyai cadangan bagi mengisi jawatan terbabit, boleh menulis surat kepadanya.

Jawatan Menteri KPDN kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Ia susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu yang juga Timbalan Presiden AMANAH.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU). — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending