Connect with us

Terkini

Pemikiran Jocelyn kelas ketiga

Tindakan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang menghina dan memperlekehkan Malaysia pada rancangan komedinya yang videonya kini tular di laman sosial disifatkan sebagai pemikiran kelas ketiga.

Published

on

Pemikiran Jocelyn kelas ketiga
Foto: Pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia.
  • Tindakan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang menghina dan memperlekehkan Malaysia pada rancangan komedinya yang videonya kini tular di laman sosial disifatkan sebagai pemikiran kelas ketiga.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan wanita itu.
  • “Sebagai warganegara dan bermastautin di negeri Johor yang juga jiran Singapura, saya kecewa kerana masih ada (rakyat mempunyai) pemikiran kelas ketiga di sebuah negara berstatus negara maju,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Johor Bahru: Tindakan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang menghina dan memperlekehkan Malaysia pada rancangan komedinya yang videonya kini tular di laman sosial disifatkan sebagai pemikiran kelas ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan wanita itu.

“Sebagai warganegara dan bermastautin di negeri Johor yang juga jiran Singapura, saya kecewa kerana masih ada (rakyat mempunyai) pemikiran kelas ketiga di sebuah negara berstatus negara maju.

“Saya berada sedih sebab dia menggunakan peristiwa MH370 sebagai bahan lawak yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ling berkata, pelawak itu wajar membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap rakyat negara ini.

Sumber: Harian Metro

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author