Connect with us

Terkini

Sokong jenaka biadab, netizen gesa penyampai radio Fly FM diganti

Akibat mempertahankan jenaka biadab dilakukan Jocelyn Chia, netizen menggesa pihak stesen radio Fly FM supaya menggantikan penyampai radio Fly FM, Kavin Jay daripada slot ‘The Jokers in the Morning’. 

Wartawan TMT

Published

on

Sokong jenaka biadab, netizen gesa penyampai radio Fly FM diganti
Foto: Penyampai radio Fly FM, Kavin Jay.
  • Netizen menggesa pihak stesen radio Fly FM menggantikan penyampai radio Fly FM, Kavin Jay daripada slot ‘The Jokers in the Morning’ ekoran ciapan Twitter beliau  mempertahankan jenaka biadab dilakukan Jocelyn Chia secara terbuka pada Khamis lalu.   
  • Ciapan Kavin Jay tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan akaun twitternya juga dinyahaktif selepas dikecam netizen.
  • Rata-ratanya menggesa pihak Fly FM mengambil tindakan atas ketidak sensitiviti beliau menerusi tanda pagar (hashtag) #KavinOut. 
  • Namun begitu, sehingga kini masih lagi tiada maklum balas atau sebarang tindakan dikenakan pihak Fly FM terhadap ahli kru terbabit.   

KUALA LUMPUR: Akibat mempertahankan jenaka biadab dilakukan Jocelyn Chia, netizen menggesa pihak stesen radio Fly FM supaya menggantikan penyampai radio Fly FM, Kavin Jay daripada slot ‘The Jokers in the Morning’. 

Menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Khamis lalu, Kavin Jay secara terbuka menyokong jenaka Jocelyn Chia mengenai MH370 malah berbalah dengan netizen yang mempersoalkan tindakannya.

Foto: Tangkap layar ciapan di akaun Twitter @KavinJay.

“Hahahaha lawaknya. Kamu nak beritahu pakar bedah macam mana nak buat kerja dia jugakah?

Foto: Tangkap layar ciapan di akaun Twitter milik @KavinJay.

“Beritahu saya, apa lagi yang saya boleh lakukan lebih baik dari apa saya lakukan selama 17 tahun,” sindirnya. 

Baginya, apa yang dilakukan Jocelyn Chia hanyalah sekadar jenaka. 

Ciapan Kavin Jay tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan akaun twitternya juga dinyahaktif selepas menerima kecaman netizen.

Foto: Akaun Twitter milik @KavinJay dinyahaktifkan.

Rata-ratanya menggesa supaya pihak Fly FM mengambil tindakan atas ketidak sensitiviti beliau ketika mengulas kontroversi jenaka Jocelyn Chia menerusi tanda pagar (hashtag) #KavinOut. 

Namun begitu, sehingga kini masih lagi tiada maklum balas atau sebarang tindakan dikenakan pihak Fly FM terhadap ahli kru terbabit. -The Merdeka Times   

Sumber: Uncle Barry  on Twitter 

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending