Connect with us

Terkini

The Merdeka Times organisasi media paling menonjol bawa isu LGBTIQ – CIJ

The Merdeka Times (TMT) menjadi organisasi media baharu paling menonjol membangkitkan isu jantina dan LGBTIQ, semasa tempoh kempen Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut laporan Pemantauan Media Sosial pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15, The Merdeka Times (TMT) mendahului parti politik, ahli politik, selain media mapan lain dalam isu LGBTIQ dengan jumlah hantaran sebanyak 64.
  • PAS di tempat kedua dengan 40 hantaran, diikuti pakar strategi Merdeka Times dan Key Opinion Leader (KOL) iaitu Firdaus Wong Wai Hung dengan 39 hantaran.
  • Pemantauan itu juga mendapati TMT antara organisasi media selain Harakah Daily dan KOL yang membawa isu kelompok LGBTIQ dengan mengaitkan agama di mana komuniti berkenaan dilihat sebagai menyeleweng dan bertentangan ajaran Islam.
  • Pemantauan itu dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia (UNM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah dalam latar masa sebelum, semasa dan selepas PRU15.

KUALA LUMPUR — The Merdeka Times (TMT) menjadi organisasi media baharu paling menonjol membangkitkan isu jantina dan LGBTIQ, semasa tempoh kempen Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15). 

Menurut laporan Pemantauan Media Sosial pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15, organisasi media itu mendahului parti politik, ahli politik, selain media mapan lain dalam isu berkenaan dengan jumlah hantaran sebanyak 64.

Sementara itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berada di tempat kedua dengan 40 hantaran, diikuti pakar strategi Merdeka Times dan Key Opinion Leader (KOL) iaitu Firdaus Wong Wai Hung dengan 39 hantaran.

Laporan ini berdasarkan data dan maklumat hasil pemantauan yang dijalankan sepanjang kempen PRU-15.

Ia dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia (UNM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah dalam latar masa sebelum, semasa dan selepas PRU15.

Objektif utama pemantauan itu adalah bagi mengenal pasti tahap ucapan kebencian dan pendedahan sumber serta corak hantaran berunsur toksik di media sosial, khususnya di Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok.

Pemantauan itu juga mendapati TMT antara organisasi media selain Harakah Daily dan KOL yang membawa isu LGBTIQ dengan mengaitkan agama di mana komuniti berkenaan dilihat sebagai menyeleweng dan bertentangan ajaran Islam. — The Merdeka Times 

Sumber: Twitter Centre for Independent Journalism

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *