Terkini
The Merdeka Times organisasi media paling menonjol bawa isu LGBTIQ – CIJ
The Merdeka Times (TMT) menjadi organisasi media baharu paling menonjol membangkitkan isu jantina dan LGBTIQ, semasa tempoh kempen Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15).

- Menurut laporan Pemantauan Media Sosial pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15, The Merdeka Times (TMT) mendahului parti politik, ahli politik, selain media mapan lain dalam isu LGBTIQ dengan jumlah hantaran sebanyak 64.
- PAS di tempat kedua dengan 40 hantaran, diikuti pakar strategi Merdeka Times dan Key Opinion Leader (KOL) iaitu Firdaus Wong Wai Hung dengan 39 hantaran.
- Pemantauan itu juga mendapati TMT antara organisasi media selain Harakah Daily dan KOL yang membawa isu kelompok LGBTIQ dengan mengaitkan agama di mana komuniti berkenaan dilihat sebagai menyeleweng dan bertentangan ajaran Islam.
- Pemantauan itu dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia (UNM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah dalam latar masa sebelum, semasa dan selepas PRU15.
KUALA LUMPUR — The Merdeka Times (TMT) menjadi organisasi media baharu paling menonjol membangkitkan isu jantina dan LGBTIQ, semasa tempoh kempen Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15).
Menurut laporan Pemantauan Media Sosial pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15, organisasi media itu mendahului parti politik, ahli politik, selain media mapan lain dalam isu berkenaan dengan jumlah hantaran sebanyak 64.
Sementara itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berada di tempat kedua dengan 40 hantaran, diikuti pakar strategi Merdeka Times dan Key Opinion Leader (KOL) iaitu Firdaus Wong Wai Hung dengan 39 hantaran.
Laporan ini berdasarkan data dan maklumat hasil pemantauan yang dijalankan sepanjang kempen PRU-15.
Ia dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia (UNM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah dalam latar masa sebelum, semasa dan selepas PRU15.
Objektif utama pemantauan itu adalah bagi mengenal pasti tahap ucapan kebencian dan pendedahan sumber serta corak hantaran berunsur toksik di media sosial, khususnya di Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok.
Pemantauan itu juga mendapati TMT antara organisasi media selain Harakah Daily dan KOL yang membawa isu LGBTIQ dengan mengaitkan agama di mana komuniti berkenaan dilihat sebagai menyeleweng dan bertentangan ajaran Islam. — The Merdeka Times
Sumber: Twitter Centre for Independent Journalism
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS