Antarabangsa
Hamas, Palestin tidak gentar serangan Zionis
Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengisytiharkan bahawa serangan biadab penceroboh haram Yahudi Israel tidak akan menakutkan rakyat Palestin.
- Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengisytiharkan bahawa serangan biadab penceroboh haram Yahudi Israel tidak akan menakutkan rakyat Palestin.
- Pemimpin kanan Hamas, Abdul-Hakim Hanini mengutuk penutupan berterusan Israel ke atas perkampungan Palestin Al-Mugheir di timur bandar Ramallah, Tebing Barat.
- Dia juga mengecam keganasan penceroboh Israel, yang dilindungi oleh tentera Zionis, terhadap rakyat Palestin di kampung Al-Mugheir, timur Ramallah, dan Turmus Ayya di utara Ramallah.
- “Serangan sedemikian tidak akan mematahkan kehendak rakyat Palestin, dan selamanya tidak akan dapat dipatahkan.
- “Rakyat Palestin akan terus berdepan dengan peneroka dan pencerobohan haram mereka,” tegas Hanini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sehari selepas serangan peneroka ke atas kampung Burqa di barat bandar Nablus.
TEBING BARAT – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengisytiharkan bahawa serangan biadab penceroboh haram Yahudi Israel tidak akan menakutkan rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan, pemimpin kanan Hamas, Abdul-Hakim Hanini mengutuk penutupan berterusan Israel ke atas perkampungan Palestin Al-Mugheir di timur bandar Ramallah, Tebing Barat.
Dia juga mengecam keganasan penceroboh Israel, yang dilindungi oleh tentera Zionis, terhadap rakyat Palestin di kampung Al-Mugheir, timur Ramallah, dan Turmus Ayya di utara Ramallah.
“Serangan sedemikian tidak akan mematahkan kehendak rakyat Palestin, dan selamanya tidak akan dapat dipatahkan.
“Rakyat Palestin akan terus berdepan dengan peneroka dan pencerobohan haram mereka,” tegas Hanini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas serangan peneroka ke atas kampung Burqa di barat bandar Nablus.
Pada petang Jumaat, peneroka pelampau Israel membakar kenderaan dan tanaman Palestin di Al-Mugheir dan Turmus Ayya.
Perlu diingat bahawa perkampungan Al-Mugheir telah ditutup dengan ketat oleh Israel selama 15 hari berturut-turut.
Sumber: Ismaweb