Connect with us

Antarabangsa

Penggodam China intip infrastruktur kritikal AS

Sebuah kumpulan penggodam China yang ditaja kerajaan didakwa mengintip pelbagai infrastruktur kritikal Amerika Syarikat (AS), daripada telekomunikasi sehingga ke hab pengangkutan,menurut agensi perisikan barat dan Microsoft.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penggodam China intip infrastruktur kritikal AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah kumpulan penggodam China yang ditaja kerajaan didakwa mengintip pelbagai infrastruktur kritikal Amerika Syarikat (AS), daripada telekomunikasi sehingga ke hab pengangkutan,menurut agensi perisikan barat dan Microsoft.
  • Pengintipan juga menyasarkan wilayah pulau AS di Guam, penempatan strategik yang penting bagi pangkalan tentera AS, kata Microsoft dalam satu laporan, sambil menambah agak mencabar untuk meredakan serangan siber itu.
  • Biarpun penggodam China diketahui mengintip Barat, ini salah satu kempen pengintipan siber terbesar yang dikenal pasti terhadap infrastruktur kritikal AS.
  • “Teknik pengintipan sedemikian lebih sukar dikesan kerana mereka menggunakan keupayaan yang dibina sesuai dengan persekitaran infrastruktur kritikal,” kata Pengarah Keselamatan Siber NSA, Rob Joyce, dalam satu kenyataan.

WASHINGTON: Sebuah kumpulan penggodam China yang ditaja kerajaan didakwa mengintip pelbagai infrastruktur kritikal Amerika Syarikat (AS), daripada telekomunikasi sehingga ke hab pengangkutan,menurut agensi perisikan barat dan Microsoft.

Pengintipan juga menyasarkan wilayah pulau AS di Guam, penempatan strategik yang penting bagi pangkalan tentera AS, kata Microsoft dalam satu laporan, sambil menambah agak mencabar untuk meredakan serangan siber itu.

Tanpa menjelaskan jumlah institusi yang terjejas, Agensi Keselamatan Negara AS (NSA) berkata, mereka bekerjasama dengan rakan kongsi termasuk di Kanada, New Zealand, 

Australia dan United Kingdom (UK) serta Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk mengenal pasti sebarang bentuk pelanggaran itu.

Biarpun penggodam China diketahui mengintip Barat, ini salah satu kempen pengintipan siber terbesar yang dikenal pasti terhadap infrastruktur kritikal AS.

“Seorang penggodam tajaan kerajaan Republik Rakyat China yang tinggal di luar negara menggunakan rangkaian peralatan khusus untuk mengelak dari dikesan pertahanan kami.

“Teknik pengintipan sedemikian lebih sukar dikesan kerana mereka menggunakan keupayaan yang dibina sesuai dengan persekitaran infrastruktur kritikal,” kata Pengarah Keselamatan Siber NSA, Rob Joyce, dalam satu kenyataan.

Kedutaan China di Washington belum memberi sebarang makluman segera ketika diminta mengulas isu itu.

Microsoft berkata kumpulan China itu, yang digelar ‘Volt Typhoon’, sudah aktif sekitar 2021 dan menyasarkan beberapa industri termasuk komunikasi, pembuatan, utiliti, pengangkutan, pembinaan, maritim, kerajaan, teknologi maklumat dan pendidikan.

Berbanding menggunakan teknik penggodaman tradisional, yang sering membabitkan menipu mangsa supaya memuat turun fail berniat jahat, Microsoft berkata kumpulan ini menggodam sistem sedia ada mangsa bagi mencari maklumat dan mencuri data.

Microsoft berkata, penganalisis menilai, kempen China ini akan membangunkan keupayaan yang boleh mengganggu infrastruktur komunikasi kritikal antara AS dan rantau Asia ketika krisis tercetus selepas ini.

Guam adalah penempatan kepada kemudahan tentera AS yang akan menjadi kunci untuk bertindak balas terhadap sebarang konflik di rantau Asia-Pasifik.

Sementara itu, agensi keselamatan siber Kanada dalam kenyataan berasingan menyatakan belum menerima sebarang laporan mengenai mangsa penggodaman di Kanada.

“Bagaimanapun, ekonomi Barat sangat saling bersangkutan. Kebanyakan infrastruktur adalah bersepadu dan serangan ke atas salah satunya boleh memberi kesan kepada yang lain,” katanya.

UK juga memberi amaran teknik yang digunakan oleh penggodam China pada rangkaian AS itu boleh digunakan di seluruh dunia. – Agensi

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *