Connect with us

Terkini

RUU Anti Lompat Parti untuk elak pemimpin derhaka kepada rakyat – Ahli Parlimen Pengerang

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti adalah suatu komitmen undang-undang untuk rakyat, daripada rakyat dan kerana rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

datuk seri azalina othman
Foto: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Berdasarkan bilangan pengundi sewaktu Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor menunjukkan bahawa rakyat sebenarnya marah dan muak dengan sikap ahli-ahli politik.
  • Ini adalah undang-undang perlembagaan untuk rakyat, dari rakyat dan kerana rakyat.
  • Kita mesti menerima hakikat yang kita derhakakan itu, adalah rakyat.
  • Kalau ketua majlis tidak membenarkan, sampai ke kiamat kita tidak boleh bincang RUU Anti Lompat Parti tetapi beliau berjiwa besar walau apa pun tuduhan demi tuduhan. – Datuk Seri Azalina Othman Said.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti adalah suatu komitmen undang-undang untuk rakyat, daripada rakyat dan kerana rakyat.

Tambah beliau, berdasarkan jumlah pengundi yang tak ramai keluar sewaktu Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, jelaslah bahawa rakyat sebenarnya marah dan muak dengan sikap ahli-ahli politik.

“Saya dengar dalam libat urus kerajaan dan pembangkang banyak mempersoal macam-macam isu, bagaimana jika dipecat, bagaimana jika dibuang…jawapan saya ini adalah undang-undang perlembagaan untuk rakyat, dari rakyat dan kerana rakyat. 

“Nak bercakap tentang orang politik, takkan kita nak adakan akta lompat parti? Kita mesti menerima hakikat yang kita derhakakan itu adalah rakyat. Kita tahu rakyat undi kita kerana kita bertemu mereka lima tahun sekali paling lama pun,” tambah Datuk Seri Azlina.

Azlina ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 di Dewan Rakyat pada Rabu lalu menjelaskan bahawa tindakan kerajaan membentangkan pindaan Perlembagaan itu merupakan manifestasi untuk mewujudkan “political resetting”.

“Ia juga adalah hasil kejayaan paling utama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang” tegas Azalina yang turut menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

Tambah beliau, “Kalau ketua majlis tidak membenarkan, sampai ke kiamat kita tidak boleh bincang RUU Anti Lompat Parti tetapi beliau berjiwa besar walau apa pun tuduhan demi tuduhan,” 

Kepada celahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang membangkitkan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan sekiranya negeri-negeri tidak bersetuju dengan pindaan itu, Azalina berkata, jawatankuasa itu berpandangan keputusan negeri perlu dihormati. 

“…kita ni rakyat beradab dan kita tahu kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar mempunyai Duli Yang Maha Mulia Sultan dan akan memberikan pandangan mereka. 

“Kita harus menghormati walaupun undang-undang Persekutuan melebihi dan dalam isu antara negeri dan persekutuan dalam Perlembagaan (seperti) isu alam sekitar serta tanah pun kita dalam mod perbincangan kerana elemen peradaban kita sebagai negara persekutuan,” katanya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti bertujuan memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan krisis politik yang tiada berkesudahan. 

Tambah beliau, pindaan digubal itu mengandungi empat perenggan dan enam fasal, dengan empat daripadanya adalah fasal baharu, juga untuk memberikan mesej yang jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili. 

 

Author