Terkini
(VIDEO) YB guna air pili bomba, rakyat sambut baik tindakan pantas bantu rakyat
“Kita tolak tepi dulu hok politik, janji kita nak air untuk rakyat je. Tapi bila Kak Lah buat mari air, ha demo pulok tak boleh terima gapo sedangkan hok ni ada perjuangan untuk rakyat,” kata penduduk, Elina Salleh.
- “Kita tolak tepi dulu hok politik, janji kita nak air untuk rakyat je. Tapi bila Kak Lah buat mari air, ha demo pulok tak boleh terima gapo sedangkan hok ni ada perjuangan untuk rakyat,” kata penduduk, Elina Salleh.
- Demikian reaksi dari penduduk yang menyambut baik tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff didakwa mengambil air dari pili bomba bagi disalurkan kepada penduduk di Kelantan yang berhadapan krisis tiada bekalan air.
- Menerusi perkongsian di TikTok @upknkelantan Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), mendapati rata-rata penduduk yang terkesan menyambut baik tindakan Siti Zailah yang juga dikenali sebagai Kak Lah
- Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang memberi kenyataan akan menyiasat seorang Ahli Parlimen pembangkang di Kelantan kerana didakwa menggunakan air dari pili bomba bagi mengatasi masalah bekalan air penduduk setempat.
KUALA LUMPUR – “Kita tolak tepi dulu hok politik, janji kita nak air untuk rakyat je. Tapi bila Kak Lah buat mari air, ha demo pulok tak boleh terima gapo sedangkan hok ni ada perjuangan untuk rakyat,” kata penduduk, Elina Salleh.
Demikian reaksi penduduk yang menyambut baik tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang didakwa mengambil air dari pili bomba bagi disalurkan kepada penduduk di Kelantan yang berhadapan krisis tiada bekalan air.
Menerusi perkongsian di TikTok Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan @upknkelantan mendapati rata-rata penduduk yang terkesan menyambut baik tindakan Siti Zailah yang juga dikenali sebagai Kak Lah.
Menurut penduduk, inisiatif yang dilakukan sangat membantu kerana air adalah keperluan bagi semua orang.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah lah yang berhormat Kak Lah berinisiatif buat mari dengan lori tu, pagi petang pastu tok penghulu pun turun. Kadang-kadang pukul 11 malam buat mari air untuk rakyat. Tapi alhamdulillah buat boring (bekas takungan air) mari sini,” kata penduduk setempat.
Penduduk juga berpendapat tindakan Kak Lah tidak salah kerana air tersebut diberikan kepada penduduk yang terkesan.
Ada juga penduduk yang kesal apabila tindakan Siti Zailah ini dikecam dan menjadi kontroversi, sedangkan beliau hanya ingin membantu rakyat.
“Tapi tak terima syukur apa yang Kak Lah buat selama ini,” demikian luahan kekesalan penduduk.
Sebelum ini, ahli parlimen tersebut berkongsi gambarnya terpaksa mengambil air dari pili bomba bagi membantu kampung terjejas di Rantau Panjang.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi antaranya Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang memberi kenyataan akan menyiasat seorang Ahli Parlimen pembangkang di Kelantan kerana didakwa menggunakan air dari pili bomba bagi mengatasi masalah bekalan air penduduk setempat.
Sumber: Tiktok @upknkelantan