Connect with us

Terkini

Elak kos berlebihan, hadkan pemasangan bendera dan sepanduk – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan jumlah bendera, sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi setiap kawasan ditandingi pada pilihan raya bertujuan menjimatkan perbelanjaan, sekali gus mampu mengurangkan risiko rasuah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Elak kos berlebihan, hadkan pemasangan bendera dan sepanduk – Tun M
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan jumlah bendera, sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi setiap kawasan ditandingi pada pilihan raya bertujuan menjimatkan perbelanjaan, sekali gus mampu mengurangkan risiko rasuah.
  • Katanya, jika kerajaan benar-benar ingin menghapus rasuah, cara terbaik ialah dengan mengehadkan perbelanjaan oleh parti semasa pilihan raya.
  • “Umpamanya jika jumlah bendera atau sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi satu-satu kawasan ditandingi, perbelanjaan boleh dikurangkan.
  • “Katakanlah jika parti letak calon dalam satu kawasan, hanya 100 bendera, 20 sepanduk dan dua papan iklan dibenar, maka kos kempen tidak akan menjadi tinggi. Saingan antara parti yang kaya dan miskin akan jadi lebih adil,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan jumlah bendera, sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi setiap kawasan ditandingi pada pilihan raya bertujuan menjimatkan perbelanjaan, sekali gus mampu mengurangkan risiko rasuah.

Katanya, jika kerajaan benar-benar ingin menghapus rasuah, cara terbaik ialah dengan mengehadkan perbelanjaan oleh parti semasa pilihan raya.

“Umpamanya jika jumlah bendera atau sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi satu-satu kawasan ditandingi, perbelanjaan boleh dikurangkan.

“Katakanlah jika parti letak calon dalam satu kawasan, hanya 100 bendera, 20 sepanduk dan dua papan iklan dibenar, maka kos kempen tidak akan menjadi tinggi. Saingan antara parti yang kaya dan miskin akan jadi lebih adil,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Dr Mahathir berkata, sogokan boleh dikurangkan dengan orang ramai menggunakan kamera untuk merekod dan melapor.

Beliau berkata, pihak polis dan badan pencegah rasuah juga boleh menggunakan kamera.

Beliau berkata, jika terdapat tiga kes sogokan, pencalonan parti berkenaan perlu dibatal.

“Memang sogokan kepada pengundi boleh disembunyi. Tetapi amalan sogokan secara terbuka, seperti dilakukan dalam PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan dikurangkan. Sedikit sebanyak ia berkesan dalam pengurangan sogokan.

“Jika satu dua kes dikenakan tindakan, parti akan lebih berjaga-jaga dan tidak akan sogok wang secara boleh dikesan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, apa paling penting adalah menghadkan keghairahan memasang bendera, sepanduk dan papan iklan dikurangkan.

“Pertandingan akan jadi lebih adil. Yang kurang kewangan pun boleh harap menang.

“Di masa sama rasuah akan dikurangkan kerana kempen tidak perlu dana yang besar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author