Terkini
KPU Indonesia isytihar Prabowo, Gibran presiden & naib presiden 2024-2029
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) secara rasmi mengisytiharkan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Presiden dan Naib Presiden negara itu bagi penggal 2024-2029.
- Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari mengumumkan keputusan itu di pejabat suruhanjaya pada Rabu berikutan Mahkamah Perlembagaan telah menolak rayuan kedua-dua calon presiden yang kalah, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, yang mencabar keputusan pilihan raya berkenaan.
- Beliau dan Gibran berjanji memberi komitmen mereka untuk berkhidmat kepada semua rakyat Indonesia termasuk mereka yang tidak menyokong mereka dan berjanji untuk menunjukkannya melalui tindakan.
- Menteri Pertahanan Prabowo juga menyeru elit politik untuk bersatu dan memajukan negara selepas proses demokrasi yang mencabar seperti yang beliau tegaskan: “Rakyat mengharapkan pemimpin bekerjasama untuk kemakmuran dan menamatkan kemiskinan, rasuah dan kelaparan di Indonesia.”
JAKARTA — Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) secara rasmi mengisytiharkan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Presiden dan Naib Presiden negara itu bagi penggal 2024-2029.
Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari mengumumkan keputusan itu di pejabat suruhanjaya pada Rabu berikutan Mahkamah Perlembagaan telah menolak rayuan kedua-dua calon presiden yang kalah, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo yang mencabar keputusan pilihan raya berkenaan.
Sambil melahirkan rasa syukur pada majlis itu, Prabowo berkata: “Saya amat berbesar hati. Paling penting, kami bersyukur kerana menegakkan proses demokrasi seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan kita.”
Beliau dan Gibran berjanji memberi komitmen mereka untuk berkhidmat kepada semua rakyat Indonesia termasuk mereka yang tidak menyokong mereka dan berjanji untuk menunjukkannya melalui tindakan.
Menteri Pertahanan Prabowo juga menyeru elit politik untuk bersatu dan memajukan negara selepas proses demokrasi yang mencabar seperti yang beliau tegaskan: “Rakyat mengharapkan pemimpin bekerjasama untuk kemakmuran dan menamatkan kemiskinan, rasuah dan kelaparan di Indonesia.”
Beberapa menteri kabinet, parti politik, calon presiden Anies dan calon naib presiden, Muhaimin Iskandar, turut menghadiri majlis itu.
Pada Isnin, Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa dakwaan Anies dan Ganjar mengenai penyalahgunaan bantuan sosial dan pelanggaran berkecuali pegawai kerajaan tidak mempunyai alasan undang-undang.
Keputusan itu membuka jalan bagi Prabowo untuk menjadi presiden seterusnya, menggantikan Presiden Joko Widodo, yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.
Majlis angkat sumpah jawatan presiden dan naib presiden akan diadakan pada 20 Okt ini.
Pada pilihan raya 14 Feb lepas, Prabowo dan anak sulung Joko Widodo, Gibran memperoleh kemenangan dengan 58.6 peratus undi, daripada 164,227,475 undi.
Anies, bekas gabenor Jakarta dan Muhaimin memperoleh 24.9 peratus manakala Ganjar, bekas gabenor Jawa Tengah dan rakan kongsinya, Mahfud MD meraih 16.5 peratus undi.
Sejak awal pagi, seramai 4,266 anggota polis dan tentera ditempatkan di bangunan KPU. Unit K9 dan kenderaan berperisai polis juga diletakkan di seluruh kawasan untuk meningkatkan keselamatan. — BERNAMA
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR