Connect with us

Terkini

Drama ‘Projek: High Council’ tampilkan adegan merokok keterlaluan, aduan dibuat kepada SKMM

Adegan merokok keterlaluan dalam rancangan televisyen semakin membimbangkan dan ia dikhuatiri mempengaruhi anak muda, khususnya pelajar sekolah untuk terjebak ke dalam kancah tidak bermoral ini.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Drama 'Projek: High Council’ tampilkan adegan merokok keterlaluan, aduan dibuat kepada SKMM
Foto: Profesor Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed.
  • Adegan merokok keterlaluan dalam rancangan televisyen ‘Projek: High Council’ di saluran televisyen Astro telah diadukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Aduan dibuat Ketua Sustainable Smokefree Campus Community Flagship, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed kerana babak merokok keterlaluan itu dikhuatiri akan mempengaruhi golongan muda, khususnya pelajar sekolah.
  • Beliau yang mendakwa babak itu melanggar undang-undang Lembaga Penapis Filem (LPF) berkata aduan diajukan kepada SKMM, namun  pihak Astro memberi maklum balas berhubung aduan itu.
  • “Semalam, saya terima balasan e-mel Astro mengatakan ianya berdasarkan kreativiti pengarah untuk mendramakan elemen merokok,” katanya.

KUALA LUMPUR – Adegan merokok keterlaluan dalam rancangan televisyen semakin membimbangkan dan ia dikhuatiri mempengaruhi anak muda, khususnya pelajar sekolah untuk terjebak ke dalam kancah tidak bermoral ini.

Contohnya, babak kontroversi itu dapat dilihat dalam drama tempatan ‘Projek: High Council’ arahan bersama Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria.

Drama bersiri itu ternyata mendapat perhatian Ketua Sustainable Smokefree Campus Community Flagship, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed.

Mohamad Haniki berkata babak itu mendesak beliau untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Saya buat aduan melalui KKMM (MCMC) mengenai adegan merokok keterlaluan dalam cerita tersebut yang ditayangkan Astro,” katanya dalam satu hantaran Facebook baru-baru ini.

Beliau memberitahu aduan diajukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun  pihak Astro yang memberi maklum balas berhubung laporan itu.

“Semalam, saya terima balasan e-mel Astro mengatakan ianya berdasarkan kreativiti pengarah untuk mendramakan elemen merokok,” katanya.

Mohamad Haniki mendakwa babak itu secara terang-terangan melanggar undang-undang Lembaga Penapis Filem (LPF).

“Jelas ianya melanggar garis panduan Lembaga Penapis Filem (LPF),” katanya.

Sebelum ini, filem Mentega Terbang arahan Mohd Khairi Anwar Jailani menjadi kontroversi apabila terdapat babak yang dilihat seolah-olah mempersendakan agama Islam seperti dakwaan penulis, Zabidi Mohamed.

Filem kontroversi itu bagaimanapun sudah dialih keluar dari platform penstriman Viu selepas mula ditayangkan pada 19 Januari lalu. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Mohamad Haniki Nik Mohamed

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending