Antarabangsa
“Saya memiliki segalanya, kecuali ketenangan” Sana Khan berhijab selepas kemurungan
Bekas pelakon terkenal India, Sana Khan mengambil keputusan untuk tinggalkan dunia hiburan pada 2020 dan bertekad untuk berhijrah selepas mengalami kemurungan (depression) dan keresahan (anxiety).
- Sana Khan, pelakon terkenal India, pernah berada dalam cerita Jai Ho, mengambil keputusan untuk tinggalkan dunia hiburan
- Selepas mengalami kemurungan dan keresahan, dia ingin berhijrah mencari ketenangan dalam Islam..
- Sana bertekad untuk istiqomah bertudung pada tahun 2020.
- Kebahagiaan dan ketenangan tidak boleh dibeli dengan wang dan populariti.
MUMBAI – Bekas pelakon terkenal India, Sana Khan mengambil keputusan untuk tinggalkan dunia hiburan pada 2020 dan bertekad untuk berhijrah selepas mengalami kemurungan (depression) dan keresahan (anxiety).
Sana Khan berkata, “Dulu, saya memiliki segalanya, nama, populariti, wang. Saya boleh lakukan apa sahaja dan dapatkan semua yang saya mahukan tapi satu perkara yang saya tiada, ketenangan. Saya katakan pada diri sendiri, saya ada kesemuanya tapi kenapa saya tidak bahagia? Sukar, dan saya lalui kemurungan, dan ada hari yang saya nampak kebesaran Allah.”
Berkongsi perjalanannya mencari ketenangan, Sana kata bahawa dia telah bermimpi pada tahun 2019 yang membuatkan dia menangis.
“Saya nampak kubur yang membakar, dan saya berada di dalamnya. Kemudian saya sedar itu adalah petanda jika saya tidak berubah, itulah pengakhiran saya. Mimpi itu membuatkan saya risau,” ujar Sana.
Sana turut berkongsi bahawa dia seringkali menonton ucapan motivasi Islamik, membaca buku-buku Islam dan ia membuatnya bertekad untuk berhijrah.
Dia mengambil keputusan untuk bertudung sebab teringat bahawa jenazah seorang wanita akan dikafankan dengan lima helai kain.
“Keesokan harinya, iaitu hari kelahiran saya, saya bangun dan terus menyarungkan tudung yang saya pernah beli lalu bertekad untuk tidak menanggalkannya lagi,” Sana tambah.
Sana Khan, pelakon wanita yang terkenal dengan cerita Jai Ho semakin tenang dan bahagia selepas berhijrah dan berkahwin dengan Mufti Anas.Mereka telah menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
Sumber : India Today