Komuniti
16 stesen LRT ditutup, Prasarana pertimbang pampasan buat penumpang terjejas
Prasarana sedang mengkaji bagaimana ia boleh memberi pampasan dan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya.

- Prasarana akan membincangkan mengenai pampasan atau bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya.
- Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Azharuddin Mat Sah, memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas pada sidang media secara dalam talian hari ini.
- Sambungnya, mulai hari ini Rapid KL telah menutup 16 stesen di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya selama seminggu akibat kerosakan sistem ATC.
- “Kami telah menjemput pakar pengeluar peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada untuk datang ke Malaysia mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang,” katanya sambil menambah sudah tiba masanya laluan LRT Kelana Jaya dinaik taraf setelah beroperasi hampir 25 tahun.
PETALING JAYA: Prasarana sedang mengkaji bagaimana ia boleh memberi pampasan dan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya.
Rapid KL telah menutup 16 stesen di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya selama seminggu mulai hari ini, selepas ia ditutup semalam akibat kerosakan sistem kawalan tren automatik (ATC).
Laluan LRT Kelana Jaya turut terjejas oleh masalah sama pada Isnin hingga mengganggu perkhidmatan harian.
“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas,” kata presiden Prasarana merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan Azharuddin Mat Sah pada sidang media.
“Sudah tentu. Kami akan membincangkannya dan kembali kepada media mengenai perkara ini,” katanya ketika ditanya sama ada Rapid Rail akan memberikan sebarang pampasan atau bayaran balik kepada penumpang, terutama mereka yang telah membeli pas My50 bulanan.
Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana yang mengurus dan mengendalikan rangkaian LRT dan KL Monorail.
Azharuddin berkata stesen itu ditutup kerana kerosakan sistem ATC. Bagaimanapun, beliau berkata, mereka masih belum menentukan punca kerosakan sistem ATC, sambil menambah inilah punca stesen ditutup selama seminggu.
“Kami telah menjemput pakar pengeluar peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada untuk datang ke Malaysia mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang,” katanya.
Azharuddin juga berkata, sudah tiba masanya laluan LRT Kelana Jaya dinaik taraf, sambil menambah bahawa Prasarana sudah mempunyai rancangan ke arah itu.
“Laluan LRT Kelana Jaya telah beroperasi selama hampir 25 tahun, (jadi) ia adalah sistem telah berusia yang memerlukan penggantian untuk semua bahagian (mekanikal).” katanya.
Sumber: Free Malaysia Today
Komuniti
Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

- Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
- Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
- “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
- “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.
Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.
“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong.
Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Sumber: Facebook
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel