Connect with us

Terkini

Pengguna LRT terjejas diberi tambang percuma sepanjang tempoh tergendala – Prasarana

Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan empat inisiatif diambil bagi memudahkan pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) di beberapa stesen yang terjejas susulan gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) bermula Selasa hingga 15 November ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pengguna LRT terjejas diberi tambang percuma sepanjang tempoh tergendala - Prasarana
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bermula Selasa hingga 15 November ini, Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan inisiatif susulan di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang terjejas susulan gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) 
  • Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menambah bas perantara dan kakitangan sokongan di stesen bagi mengawal pergerakan.
  • 80 kakitangan tambahan ditempatkan di stesen-stesen terjejas untuk melancarkan pergerakan pengguna termasuk memberi panduan kepada mereka untuk menaiki bas perantara.
  • Pengguna LRT laluan Kelana Jaya yang terjejas juga akan diberi pampasan iaitu tambang percuma untuk setiap hari sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut tergendala

PETALING JAYA – Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan empat inisiatif diambil bagi memudahkan pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) di beberapa stesen yang terjejas susulan gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) bermula Selasa hingga 15 November ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Azharruddin Mat Sah berkata, empat inisiatif itu adalah menyediakan tambahan bas perantara dan kakitangan sokongan di stesen bagi mengawal pergerakan.

Menurutnya, turut dilaksanakan adalah tambang percuma kepada penumpang terjejas dan kemas kini status terkini kerja-kerja penyelenggaraan.

“Pihak kami juga menambah jumlah kakitangan iaitu seramai 80 orang di stesen-stesen terjejas untuk melancarkan pergerakan pengguna termasuk memberi panduan kepada mereka untuk menaiki bas perantara.

“Selain itu, pengguna LRT laluan Kelana Jaya yang terjejas juga akan menerima pampasan iaitu tambang percuma untuk setiap hari sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut tergendala,” katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Rapid Rail Subang di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Rapid KL memaklumkan sebanyak 16 stesen LRT dari stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.

Antara stesen terlibat adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi dan Bangsar.

Stesen lain yang terjejas adalah Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Mohd Azharruddin berkata, inisiatif lain yang turut diambil pihaknya adalah dengan sentiasa mengemaskini kerja-kerja baik pulih sistem yang tergendala tersebut.

Tambah Mohd Azharruddin, beliau menyedari kesulitan yang dialami ramai pengguna pengangkutan awam tersebut susulan tindakan yang diambil pihaknya untuk menggantung sementara operasi.

Bagaimanapun katanya, keputusan penting itu perlu diambil kerana keselamatan pengguna adalah menjadi keutamaan pihaknya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending